Wednesday, September 07, 2011

Gambar Lama - INCID 2008


Semasa menanti di bilik rehat makmal, terbaca majalah terbitan Ikram, tengok2 ada gambar penulis sewaktu lawatan teknikal ke Jambatan Menara Petronas. Forum itu ialah INCiD 2008 anjuran KLIUC bertempat di Marriot Putrajaya. Masa inilah pertama kali mengenal dan memahami apa la yang dikatakan dengan 'Sustainable Development'.

Boleh kata ramai orang yang hebat2 ditemui di situ, termasuklah mentor, lecturer lama dan juga kawan2 yang sudah melangkah jauh.

Inspirasi dan semangat untuk terus mendalami ilmu timbul pada satu detik semasa forum ini berlangsung. Baru tahu apa itu erti ilmu dan baru tahu betapa ceteknya ilmu sekarang. Lepas ini jangan putus asa menuntut ilmu kerana lagi banyak ilmu lagi banyak yang kita tak tahu.

Tapi sayangnya lepas forum ini, tiada lagi sinambungan forum seterusnya. Atau aku yang tak tahu?

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...