
Tapi yang biasa junior staf kalah dengan senior staf, ialah dari segi perangai, atau kata orang jawa Attitude. Terhadap kawan, terhadap bos, terhadap pekerja lain dan juga kerja itu sendiri.
Budaya 'spoon-feed' dan 'google-feed' terbawa-bawa hingga ke alam kerja, hinggakan isi borang cuti pun mahu contoh. Terlalu takut akan kesilapan dan 'redo work', menyebabkan otak beku dalam spesifikasi yang diri sendiri pun tiada kefahaman mendalam. Takutkan cabaran dan selalu play safe.
Sangat berbeza dengan generasi senior, yang kebanyakannya terlibat dalam pembangunan Malaya era Mahathir. Semangat berani mencuba, berani gagal dan ikhtiar mereka untuk menyelesaikan masalah, itulah mutiara yang dicari oleh mana-mana organisasi.
Padanlah gaji mereka pun melampau-lampau mahal, kan?
1 comment:
hurm.... betul jugak..
Post a Comment