Tuesday, February 08, 2011

Khianat via FB

Semalam aku baru menyaksikan secara langsung, seorang kawan muslimah teraniaya dalam FaceBook. Entah macamana, dia di'tag' oleh seorang yang berada dalam rangkaian FBnya, gambar yang sangat tidak sepatutnya (lucah dan biadap la senang cakap).

Dengan beberapa klik saja, maruahnya berkemungkinan tercalar kerana yang melihat gambar itu bukan saja dirinya, malah rangkaian kawan-kawannya, keluarganya, peminatnya dan juga seluruh warga FB yang mengenalinya. Orang boleh saja mengatakan dirinya wanita murahan padahal dia adalah seorang muslimah yang baik.

Mujurlah dia cepat bertindak, dengan segera dia mengklik nama di bawah gambar itu bagi membuangnya, dia juga cepat-cepat blok manusia itu dari rakan FBnya.

Moral daripada kejadian ini, berhati-hatilah bila add seseorang dalam FB akaun anda, lagi-lagi kalau anda seorang wanita. Bermacam-macam manusia pelik dan ajaib yang boleh jumpa walaupun umur FB tidak sampai sedekad pun lagi.

3 comments:

Kay said...

Ya Allah, minta dijauhkan dari bencana yg sebegini rupa... Aamiin...

Husna Adnan said...

Oh... saya tahu siapa dan apa yang berlaku. Saya pun terkejut, namun dia memang pantas. Semoga dijauhi daripada orang gila sebegitu. Amin...

Faisal Nordin said...

>Kehelan. Amin.
>Husna. Nyaris nak termuntah semasa melihat gambar itu. iyek!

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...