Tuesday, February 15, 2011

Hadiah Maulidur Rasul

Selamat menyambut maulidur Rasul.
Banyakkan selawat, dan jadikan amalan selalu (pesanan untuk diri sendiri juga).

Tahun ini agak berbeza sedikit. Saya cuma menantikan sehingga akhir waktu hari ini untuk menyatakannya, tapi apabila membaca status rakan FB, Tn. Zamri yang berbunyi ..
"Sama ada saya 'perasan' atau ia berlaku. Paparan Valentine di televisyen berkurangan. Ia ada tetapi berkurangan berbanding tahun lepas. Adakah saya 'perasan' seorang diri atau memang berlaku?"
Saya pun perasan. Tapi saya sangka saya tidak melihatnya lagi sebab saya sudah tidak melalui kota besar sejak berpindah tempat kerja. Namun begitu rupanya di media arus perdana pun sudah berkurangan.

Syukur diucapkan. Kepada para pegawai yang berusaha gigih menangani isu masyarakat ini, saya doakan semoga selamat dan di bawah rahmatNya selalu. Tiada salahnya dalam usaha mencegah maksiat, tak kiralah musim apa pun. Ini cuma perayaan sekular, tiada kaitan hatta dengan Kristian sekalipun (menurut bacaan terhad saya).

Kepada kawan non-muslim, terima kasih atas keprihatinan semua.

Dan kepada saudara saudari seagama yang "mock" usaha murni ini.. ah.. tiada ucapan kot. kamu semua sudah pandai dan matang. ukur dan cerminlah diri sebelum membuat statement2 lucu dan art di masa akan datang..

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...