Saturday, November 27, 2010

Generasi 80s sudah jadi majoriti kuasa kerja (workforce?)


Kenapa aku tulis camni?

Dulu aku sorang-sorang je layan Samurai X di PC Site Opis (masa itu laptop sangat mahal, dan wi-fi masih dalam kajian di Area 51). Bila kawan-kawan sekerja balik, aku terpaksa tutup ataupun rasakan gelak ramai-ramai kerana dikira tak matang.

OK fair, sejak hari itu aku simpan je hobi itu.

Sekarang, bila aku lalu Site Ofis, tiba-tiba dengar runut bunyi yang amat familliar beserta suara karakter yang dah lama aku tak dengar. Tu dia aih, dekat 5 orang staf (engineer, technicians, subcon) tengah layan Naruto streaming ramai-ramai. Bila aku tanya, "Eh, naruto dah lain uniform dia?"

Diorang gelak ramai-ramai, dan jawab, "tu Naruto lama, skang ni dah Shippuden, dah remaja"

Ces, aku jugak yang ketinggalan.

Maknanya, sudah ramai generasi yang layan anime (kebanyakannya lahir 80-an ke atas) yang menjadi majoriti of workforce. dan kalau perasan, attitude generasi ini amat berbeza dengan generasi sebelumnya. Baik dari segi imbangan kerja/famili, kesetiaan kepada kompeni, hobi dan macam-macam lagi.

Kompeni yang sedar akan perubahan ini akan cuba melaksanakan dasar yang kreatif dan menarik bagi mengekang mereka dari lari dan mengawal "turnover rate" yang tinggi dek generasi ini.

Lepas ni tak kisah la nak pakai Tshirt StarCraft.. kot?

3 comments:

Lelaki Ini said...

as long as x ganggu kerja n mase nk solat, bole je layan kan? x salah..bes ape anime..hehe..XD

Faisal Nordin said...

ahaha..boleh2..janji jangan geng2 tua nampak udah..

Bashir IbnDzul said...

saya dulu plak kene gelak dengan member satu batch mase kat sekolah.

masuk U baru 'bergiat' balik dalam tgk anime.. huhu ~

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...