Saturday, November 13, 2010

Cerita Baru Kerja

Tiga sekawan lepak di kedai. Mereka semua baru saja graduasi dan tak sampai setahun kerja lagi. Sambil layan teh tarik semua tanya pasal kerja masing-masing.

"Kau kerja macamana?" tanya A
"Tiap-tiap hari, aku bawak drawing. Pergi site, marah subcon, balik pejabat makan nasik, petang keluar marah subcon lagi, pastu balik rumah," jawab B
"Jadi kerja kau sound orang sajalah?" tanya C
"Ya lah"
"Maka kau layaklah jadi Sound Engineer!" Mereka sekawan gelakkan B.

"Kerja kau macamana pula?" tanya B
"Aku, pagi-pagi tulis surat, isi form. Lepas tu fax. Masa meeting buat minit, kemudian fax. Petang tengok email, send email. Pastu balik lah," jawab C
"Jadi kerja kau tulis sajalah?" tanya A
"Ya lah"
"Maka kau layaklah jadi Letter Engineer!" Mereka sekawan gelakkan C

Dengan muka bengang, C pun bertanya kepada A, "Macamana dengan kau?"
"Aku, pagi-pagi tengok drawing, isi nombor, tengok result, tengok balik drawing, isi nombor, print, hantar ke Bos, tunggu dia sain sajalah,"
"Jadi kerja kau isi nombor sajalah?"
"Ya lah, kan semuanya dah automatik"
"Maka kau layaklah digelar Data Entry Engineer!" Habis A digelakkan C dan B.

Kemudian mereka bertiga terdiam.

"Betul ke macam ini kerja bidang ini?"

Mereka pun sambung diam. Dan roti canai pun sampai.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...