Sunday, July 25, 2010

Langkah seterusnya..!

"Force kamu sudah kuat, tapi belum cukup intipati"

Akhirnya siap juga buku log aku. Dan design pun tinggal hendak kemaskini. Mengadap Mentor adalah keperluan sebelum membuat persediaan mengadap Kaunsel.

"Jadi selepas habis semua latihan ini, kamu nak ke mana?" tanya Mentor

"Err.. tak pasti lagi"

"Kamu kena pastikan jalan hidup kamu, jangan sampai jalan tentukan hidup kamu.." kata Mentor sambil menghirup teh. "Eh, jemput minum"

"Terima kasih," aku turut menghirup teh. Teh mesti dihirup kerana ia biasanya dihidangkan semasa panas. "Saya fikir, saya hendak pergi berkelana dululah."

"Hmm? Kenapa? Kat sini banyak peluang kan?"

"Entahlah, nak juga mengajar, tapi kasihan kepada budak-budak itu nanti,"

"Kenapa?"

"Kalau mengajar tanpa pengalaman, macam cerita teori saja kepada mereka ini. Nanti mereka tak faham, kerana dalam pengajaran tu seolah-olah macam tiada jiwa," aku sambung menghirup teh.

"Hmm.. benar, ibarat orang bujang bicara hal menguruskan rumah tangga. Penuh teori dan bunga, tapi kebenarannya bukan begitu," ujar Mentor. "Takpe, kamu boleh ikut jalan yang kamu pilih, asalkan kamu berpegang kepada kod etika dan 'good practices' menjadi asas kamu,"

"Baiklah!"

"..dan jangan lupa. Lukisan dan laporan kamu bila nak siap? Dua tahun sudah design rumah takkan tak sudah-sudah lagi?"

"err.. baik Sifu.."

Aku banyak buang masa rupanya dua tahun ini. Hmm..

2 comments:

Kay said...

tak lama lg IR la eh?

Faisal Nordin said...

lama lagi..

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...