Wednesday, June 09, 2010

Reviu Buku: Capcom Design Works


Capcom Design Works oleh Capcom

Bagi peminat kasual atau tegar game, nama Capcom adalah antara nama tersohor dalam industri ini. Kebanyakan game keluaran Capcom sangat menarik, tak kira dari segi permainan, mahupun senirekanya. Agaknya untuk menghargai peminat-peminat mereka, Capcom menerbitkan kitab seni mereka sendiri dengan tajuk 'Capcom Design Works'.

Kitab seni ini mengandungi kerja-kerja rekabentuk semua game Capcom. Dari yang terawal (zaman Street Fighter) hingga yang terkini (waktu buku ni diterbit-kan SF3 adalah yang terbaru).

Dalam kitab ini boleh dikaji proses rekabentuk, illustrasi dan banyak karya tidak tersiar dari platform game micro genius hinggalah ke PS3. Zaman-zaman Strider Hiryu, RPG2 Capcoms, siri Vampire Savior, siri Rockman, siri Puzzle dan banyak lagi.

Rekabentuk watak

Turut dipamerkan lakaran pensil, lorekan marker (medium kesukaan depa agaknya), medium digital dan airbrush (sangat hot waktu dulu) dari pelbagai artis-artis di bawah naungan Capcom.

Kadangkala terasa macam "walking in the memory lane" pun ada bila layan poster2 lama game dalam kitab ini.

Grafik antara bab. Juga menampilkan koleksi Copic Marker. arghh..bestnya!

Kalau kaki games dan peminat artworknya, buku ini pasti jadi pilihan hati. Cuma kelebihan kalau faseh bahasa jepang, bole baca bab akhirnya yang hanya berbahasa jepang, aku kira bab ini adalah temubual dengan 'lead designers' dan juga info belakang tabir. Sangat bernilai.

Rekabentuk logo

Aku rasa kalo aku reti bahasa jepang aku bole tulis banyak lagi. Tapi untuk masa ini cukup stakat ini dulu. Sekian.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...