Tuesday, May 25, 2010

Reviu Buku: Perspective! For Comic Artist


Buku tulisan David Chelsea ini membincangkan teori dan teknik dalam perspektif. Seluruh buku ini dipersembahkan dalam bentuk komik berpanel 9, yang mana selain menceritakan teori satu-satu teknik, ia juga menunjukkan bagaimana kegunaan dan step by step teknik itu dengan terperinci.

Antara dibincangkan dalam buku ini ialah perspektif 1 titik, 2 titik, 3 titik, perspektif elips dan figura. Jadi untuk mereka yang perlukan bacaan tambahan (selain yang dipelajari dari lukisan teknik) dan penerangan tambahan, buku ini memang jadi pilihan yang tepat.


Yang paling mahal dan berharga ialah bab terakhir, iaitu shortcut utk perspektif. tapi macam belajo silat le, takkan nak terus amik shortcut kalo penumbuk pun senget. ye dok?

Buku ini direkemen untuk mereka yang ingin mendalami ilmu perspektif dengan lebih terperinci tetapi tidak sanggup membaca teks kecil dan banyak. Ia juga berguna bagi menambah kefahaman terhadap banyak perkara, terutamanya teori perspektif.

Sekian, reviu ringkas kali ini.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...