Wednesday, April 21, 2010

Tips Lawatan Tapak Bina

Bukan gender bias, tapi aku dapati orang perempuan lagi tekun membuat persediaan.
Kenapa ya?


Anda baru masuk site? Sebagai pelawat? wakil syarikat? atau memang suka tengok suasana site yang amat menyeronokkan? Jadi ini tips ringkas untuk dikongsi bersama:-

1. Desk Study (Kajian Meja?)
eloklah buat dulu kajian tentang apa projek yang akan dilawati. mulakan dari general layout, sampai ke detail yang boleh hadam dulu. kalau boleh dapat laporan kemajuan, baca dulu. kalau tak dapat apa-apa, cukup dengan tahu apa yang boleh digoogle dahulu. dapatkan idea.

2. Dokumentasi
amat penting. selagi tak cukup, tak boleh masuk site. boleh rujuk kepada tuan punya projek. boleh didakwa menceroboh kalau masuk ikut sukahati tokwan hang. lebih teruk, insuran pun tak cover jika berlaku apa-apa yang tidak seronok.

3. Pakaian
eloklah pakai pakaian yang menyerap peluh, tahan goresan, tidak seksi dan menyusahkan orang lain. Tapak bina tempat bekerja. bukan tempat berfesyen. apa yang disaran oleh pegawai safety, ikut sajalah.

4. Peradaban
ini Malaysia, penuh dengan adab, walaupun di tempat dahsyat seperti tapak bina. itulah sebabnya 'desk study' penting. kenali siapa pemilik projek, siapa kontraktor, konsultan, pegawai safety dan juga orang lain yang penting. mengenali mereka memudahkan komunikasi. lagi manis kalau ingat pangkat atau nama dihadapan (Dato', Cik Sr., Abang Ir., sekadar contoh)

5. Lagi sikit lagi bagus (Less is more)
rujuk kepada tips no. 1, elok bawak seringkas mungkin dokumen ke tapak. elakkan bawa dokumen seperti BQ, Spesifikasi (yang tebal tu), katalog yang tiada kaitan, fail tebal, lukisan se'bundle' dan Yellow Pages (sekadar contoh). Melainkan ada caddy, tak payahlah bawa semua itu. cukup dengan buku nota kalis air, dan lukisan tapak yang relevan. Anda akan tampak lebih bergaya seperti kartun di atas. :)

itu sahaja dulu kot. sambung tido dulu ya...

2 comments:

Kay said...

bkn yg mcm org berlakon dlm tv tu eh? ekekekeke

Faisal Nordin said...

aok ni tengok banyak sangat drama le. hehe

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...