Saturday, April 10, 2010

Tanya sama itu Hud Hud...

Tempohari aku lihat, seorang yg baru nak bertapak dalam bidang seni sudah berani untuk mengomen, buat tutorial dan memakai gelaran guru. Kemudian, aku ternampak iklan dari penulis genre cult yang tak sampai tahap mana sudah menganjur sessi pengajaran macamana ingin menulis a'la cult. Dulu aku pernah jumpa iklan kecik mengajar design dengan harga beribu2 untuk beberapa jam walaupun tidak pasti posisinya dalam industri.

Yang terakhir sekali itu aku paling risau, sebab melibatkan wang yang banyak dan hasilnya pula membawa risiko beribu manusia!

Dalam hati aku bertanya juga, "wah, hebatnya, dah boleh mengajar, pasti bukan calang-calang orang ni," Kemudian bila tengok hasil karyanya. ermm.. orang kata macamana dalam sudu, itulah yang dalam periuk.

Aku tak mahu sentuh bab belajar agama. Itu kena tanya mereka yang lebih arif.

Aku akui keberanian mereka ini dan aku tak mahu cakap pasal keikhlasan mereka dalam pengajaran. Aku bukan ada kuasa baca minda nak tahu mereka ini ikhlas atau tidak.

Tapi aku kasihankan kepada pelajar. Yang lebih kesian, mereka yang sangat taksub kepada 'guru' mereka ini. Sampai aku nak panggil kambing pun ada, ikut saja cakap tuan mereka. Kalau tuan mereka cakap, "pakai digital lebih efisien dari water color", maka mereka ini akan buang segala berus water kaler dan memandang sepi dan senget galeri lukisan otai water kaler tempatan.

Bukan apa, kadangkala mereka yang diragui kredibilitinya ini akan mula menutup skop pelajar mereka daripada sesuatu yang mereka tak tahu/pakar. Contohnya kalau dok melukis dengan digital aje, bila ditanya pasal teknik untuk buat mural, mulalah spekulate yang benda tu tak bestlah, bayar murah, takde future etc etc. Akhirnya, minat dan semangat inkuiri pelajar akan mati disebabkan kata-kata negatif yang diselitkan pada satu konsep (yang guru itu kurang arif).

Pelajar selalunya mempunyai pemikiran yang neutral tapi teruja tentang satu subjek. Jadi jika dicekung miringkan pemikiran yang baik itu dengan kekurangan pengajar, bukankah ia akan melahirkan satu generasi pelajar yang singkat hasil pemikirannya?

Tanya sama itu hud-hud...

2 comments:

tanglong said...

betul...tenaga pengajar sekarang bukan dari golongan yang arif, secara bahasa kasarnya, hanya mengejar wang

mereka tidak berpendidikan/ berpengalaman penuh dalam bidang tersebut tetapi sgt berani mempertikai, secara amnya, ia adalah trend

tetapi menganggap kerja manual sebagai sebahagian dari 'sampah', maksudnya dia mengajar apa yang dia suka sahaja, bukan apa yang patut pelajar tahu

bodohnya manusia

saya sudah tanya hud hud, dia diam sahaja

Faisal Nordin said...

hudhud pun segan nak kongsi ilmu dengan manusia sekarang...

tq for sharing your concern. aku pun risau nak hantar anak aku ke taska. risau the fresh n innocent mind corrupted dengan ajaran2 salah ni..

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...