Saturday, March 20, 2010

Hala tuju

Seorang saudara ipar datang ke rumah kaknya, kebetulan aku ada di situ sedang mengadap mi goreng. Lalu ditanya oleh kaknya, "Ekau nak poei mana lepas SPM? Tu tanya abang tu, dia pandai skit bab2 sambung belajar ni"

Tersedak kejap.

Daripada mode Pak sedara yang banyak main kepada seorang kaunselor yang serius. Macam biasa, aku tanya result dia. Dia pun cakap banyak A. Pastu aku tanya, kau nak jadi apa? Dia jawab nak jadik enjinier.

Dan aku pun jawab, dah fikir masak-masak jadi enjinier ni? Dah tengok karier-karier lain yang lebih hebat? Pernah tengok kursus lain macam Auto Designer mahupun Magistret? Aku pun sarankan dia pergi research lagi karier2 lain sebelum buat pilihan.

Ikutkan hati, boleh je aku tekan dia "Ko jadik Akitek, keje rilek bole bambu Enjinier dalam meeting, Klien ko pun boleh ko goreng je" atau "Ko jadi Doktor je la, ekonomi merundum pun manusia tetap sakit, pasti masyuk".

Tapi aku teringatkan generasi aku, ramai yang ditekan oleh orang lama (tak kira la mak pak, abang akak, makcik jiran dan sebagainya).

Akhirnya ramai yang berjaya dapatkan sijil, pakai jubah dan topi hebat untuk sehari, tapi berapa kerat yang betul-betul mengamalkan ilmu untuk kebaikan alam sejagat. Berapa ramai yang tertekan disebabkan kerjaya dan bukan disebabkan kerja. Berapa ramai yang betul-betul bangga dengan apa yang dia buat (pride in the work, bukan sombong takbur ala Tanggang) dalam kerjaya selama ini.

Ramai yang ditekan jadi Akauntan kalau dapat kredit akaun, atau doktor kalau Bio dapat hebat, fizik kimia enjinier dan kalau bahasa jadiklah lawyer. Aku tak mengatakan karier ini tidak bagus, cuma apa salahnya kalau berikan kebebasan budak itu pilih bidang mengikut bakat atau kebolehan yang diminati. Cabang ilmu itu amat luas. Biar dia pilih jalan dia sendiri.

Dan aku cukup tak suka kalau orang kata "kursus ni susah/payah/tak laku nak cari kerja nanti". Kalau kursus itu cukup akreditasinya, ilmu dan amalnya, kenapa salahkan ilmu bila rezki tak sampai?

Rezeki itu ditentukan Allah, sijil dan kelayakan cuma alat. Usaha dari manusia, keputusan dan hasil tentu akhir sentiasa daripadaNya.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...