Friday, December 11, 2009

Alwan kena Lanun?

Pagi-pagi masuk kerja, en. Mafia mesej aku.
"Katun kau kena pirate!"
"Kat mana?" aku tanya.
"Kau cuba beli Kosmo hari ini, 1 muka penuh, kau takkan terlepas iklan itu"

Sebelum solat Jumaat, aku pun pulun cari Kosmo hari ini, tak sangka laku betul Kosmo hari ini. Lepas bayar, terus cari muka ke muka. Dan, itu dia karya kartun islamik dari laman web dikutip dan di'lanun' tanpa kebenaran. Selain kartun aku, kartun Ana Muslim, dan aku rasa ahli-ahli aktif Alwancomics jadi mangsa.

Jadi apa nak buat lepas ini ya?

Oh ya. kalau ye pun, buat la layout cantik-cantik. Setakat macam ini, budak baru kenal M$Word pun boleh buat, ya bang. Cuba lagi di lain masa.

Klik sini untuk saiz besar.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...