Tuesday, October 06, 2009

Kerja mencabar lagi pening

Ini le assignment yang mencabar lagi pening. Tapi kalau kita ikut step by step kacang je. Budak-budak IT dan programming tengok benda ni pun sengih je..kot?

Seingat aku, kak aku je penah guna Access, atau nama lamanya Dbase (zaman DOS dulu). Jadi untuk bukak kitab dan belajar benda yang tak biasa guna dalam masa 3+ minggu memang mencabar.

Macam biasa la, nak develop mana-mana sofwer/database, kena ada dulu basic konsep dia, yang diterjemahkan dalam bentuk Data Flow Diagram.


Kemudian untuk menjadikannya mudah untuk dipindahkan dalam format jadual Access, kita bina pulak Entity Relationship Diagram. Macam di bawah ini.

Bila dah terbina jadual macam ni, boleh terus bina sikit-sikit dalam Access. Tipnya mula dari Table utama baru ke detail atau table anak-anaknya yang lain.


Ini hasil dalam Access, boleh tengok kat Database Tools>Relationship.

Jadi daripada hubungan jadual-jadual macam ini, boleh la terus bina sikit-sikit database, kemudian rekabentuk borang (form), query dan carta. Ikut kepada rekabentuk dan kekompleksan tugasan, elok dimulakan dengan data percubaan dulu baru diisi dengan data sebenarnya.

Baik, itu sahaja sikit tips tentang pembinaan pengkalan data (database). Kalau ada komentar sila la komen. Oh ye, hasil akhirnya macam ini, aku memang tak pandai design GUI. maaf ye...


Aku tak pakai apa-apa prinsip design masa buat benda ni, kecuali "benda utama mesti diketengahkan". Otak dah penat buat table dengan makro2. Hilang sense warna aku. Takpe la, mungkin kalau ada orang nak beli aku buat le cantik-cantik.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...