Sunday, June 14, 2009

[Reviu] Street Fighter 4



Akhirnya dapat juga luangkan masa untuk merasa Street Fighter 4: Xbox Version.

Feel dan mekanik permainan macam campuran SF2 Turbo dan sikit SF EX (yang tak best tu). Tapi Tempo permainan memang berlainan daripada dua siri di atas. Tanpa Air Block dan Parry, permainan dan strategi terpaksa ditukar. Pemain Old-school yang memang minat sangat kalau macam ni.

Dengan meter Revenge, strategi mesti ditukar sebab Ultra Combo hanya boleh dibuat kiranya meter ini penuh. Meter Ex hanya boleh dipakai untuk Gerakan Ex dan Super Combo.

Kehadiran watak lama (Blanka, Zangief, Chun Li, Fei Long etc) membangkitkan lagi nostalgia peminat game ini. Cuma sikit mengecewakan ketua akhirnya, Seth, sangatlah stereotaip. Walaupun hebat, tapi tidak terasa aura gerun sepertimana mula-mula jumpa Akuma atau M.Bison. Gill pun hebat sikit dari Seth.

Kesimpulannya, SF4 mungkin disasarkan untuk pemain old-timer dan juga budak remaja. Peminat Versus Series mungkin kecewa kerana tiada 'bantai joystick dan keluar kuasa'. Semuanya kena timing yang tepat.

2 comments:

Meooo Comicore Club said...

yeah.. sy suke main game belasah2... sgt rileks

Faisal Nordin said...

mana ada rileks, tension ada la..

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...