Monday, October 27, 2008

Dibelasah Mentor


Mana plan tu? tanya mentor.
Ni ha. jawab aku.
Mentor membelek plan, dan membelek lakaran aku.
Bagus, sudah lengkap semuanya. Tapi macamana kamu design?
Macamana? macam ni le. aku pun tunjuk lakaran dan design, siap dengan kira-kira.
Oo bukan macam ini, tak cukup tegar. komen pantas mentor, tanpa semak pun.
Eh? Tak tengok kira-kira pun dah tau mudah roboh? kata aku, dalam hati.
Kalau macam ini, tak sesuai untok dibina. Baik buat macam ini. Pantasnya tangan melakar, sama pantas dengan kata-kata.
Kemudian kamu buat begini-begitu. Aku termangu saja tengok lakaran baru. Habis Supersede design aku.
Kalau macam ini bagaimana? tanya aku kembali.
Haa..boleh, kamu kan designer, ikut suka kamu la. jawab mentor.
Tapi setiap pilihan, mesti ada reaction lain yang perlu ditimbang tara. tambahnya lagi.
Habis tu, yang ini macamana? aku tunjukkan kira-kira yang aku hempas pulas siapkan sebelum puasa sampai hari ini.

Oo.. itu senang je. Buat balik. kata-kata mentor membuatkan aku terpaku sekejap.

Kamu nak minum sirap dulu? Banyak nak buat ni. mentor mempelawa dengan tenang.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...