Thursday, September 18, 2008

Certot : Hati Perut Hati Duit

Cerita 1

Lokasi: Hospital Awam Temerloh Darul Ikan Patin.

Seorang ibu tua sedang membuat pemeriksaan dengan doktor. Dia ditemani anaknya. Di belakangnya ada seorang cina tua menunggu giliran. Tiba-tiba Sang Doktor memekik.

"Hoi apek, sakit apa? Pandai cakap melayu ka? Apa lu mau doktor Cina ka?"
Bukan cina tua saja yang terkejut, ibu tua dan anaknya (orang melayu) turut terkejut. Kenapa perlu dipekik apek itu? Apa salahnya dia? Kemudian Sang Doktor mengalih perhatian kepada ibu tua.

"Ni apahal pulak makcik?" ujar sang doktor. Ibu tua menyuakan kakinya yang bengkak urat. Belum sempat pun membuka mulut, sang doktor membentak, "Ah, ini sakit darah beku je, ambil ubat cair darah dan pakai stokin hospital," Sang Doktor memberi perskipsi dengan menjeling saja ke arah kaki ibu tua.

"OK NEXT!" Jerit Sang Doktor. Si anak terkial-kial membawa ibunya keluar, dalam hatinya berkata, aku bawa Hospital Swasta la kalau macam ini.

Tiba di Hospital Swasta. Doktor Terer pun membelek kaki ibu tua.

"Ini bukan darah beku, makcik" katanya sambil membelek kaki dengan alat ala ultrasound yang disambung kepada skrin TV. "Urat makcik ada masalah sikit, nanti kita aturkan camana nak ubat ya," kata Doktor Terer dengan lembut sekali.

"Jadi takde la darah beku?" tanya ibu tua. "Ish, mana adalah makcik, urat tu kena betulkan sikit, mana ada darah beku, na'uzubillah!" ujar Doktor Terer.

Ibu tua lega. Anaknya makin membara. "Aku rendam sang doktor tu dalam sangkar ikan patin nanti!" katanya dalam hati.

Sang Doktor tersedak dipejabat agamnya. Tengkuknya terasa sejuk dan bulu romanya menegak. Tiba-tiba, aura membunuh amat terasa sekali!
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...