Thursday, August 07, 2008

Tuju Tujuan

Orang kata
Kalau hidup tanpa tujuan, sasaran, unjuran, cita-cita, dan seerti dengannya
Masa dirasakan panjang
Duit dirasakan banyak
Tidur dirasakan memenatkan

Kalau hidup bertujuan, ada sasaran, unjuran jauh, sentiasa bercita-cita dan seerti dengannya
Masa dirasakan pendek
Duit dirasakan tidak cukup
Tidur itu satu nikmat

Namun kata bijak pandai
Lihat keliling selalu
Betulkah gunung yang kamu panjat itu?
Ke mana jalan yang kamu ikut itu?
Kerana yang menyakitkan dan menyesalkan
Ialah kamu tersalah jalan
Di penghujung umur

2 comments:

Kay said...

harap tidak tersalah membuat pilihan!!

Faisal Nordin said...

ya..itu gunanya istikharah. no?

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...