Friday, August 29, 2008

Bergantung Harap

Bulan ini penuh dugaan.

Hendak baiki dapur. Terpaksa tunggu rumah. Tengok-tengok ada komponen tambahan kena tambah (nama pun komponen tambahan). Terpaksa meminjam uwang.

Tengah buat kerja. Tiba-tiba PC terpadam. Tiada bunyi "beep" bila suis ditekan. Bila diperiksa, papan ibu (motherboard) sudah jem. Terpaksa pinjam PC half-cut. Tenkiu my friend.

Kontraktor curi air rumah untuk buat projek apakebenda tah. Nasib baik ada ibu dan jiran. Sempat mengamuk. Kalau kau nak tengok "blood lust" versi manusia melayu, datanglah pada hari aku mengamuk dengan bangla kontraktor itu. Terima kasih ibu dan jiran.

Balik kerja. Kereta rasa semacam. Bila merempit rasa seolah-olah membawa bot laju. Periksa tayar. Bukan takat penyerap (suspension) yang bocor, rim pun sudah senget. Tayar sudah menunjukkan benang putih di bahagian dalam. Kena tukar. Pinjam lagi.

Si comel demam campak, demam selsema dan demam panas. Periksa berat pun tak bertambah. Risau teramat. Mujur ada saudara-mara.

Namun begitu ada juga perkara menarik berlaku:-

Sedang bersembang di 'seminar luncheon', tiba-tiba seorang pensyarah kenal dengan P.Eng yang dicari selama ini. Siap rekemen dan bagi nombo telepon. Lega, 1 tapak sudah maju selepas dapat kad dan sijil tempohari.

Sahabat Kole Kacang 3 selamat diterima oleh editor power, Alif. Harap semuanya belum tergelincir dari jadual asal.

Konklusinya, tiada guna sombong dan takbur dengan keluarga, sahabat dan orang sekeliling. Ada kalanya diri akan tersepit di mana segala keupayaan tidak mencukupi untuk menghadapi cabaran.

2 comments:

hani_san said...

tak sabar tunggu SKK3... :)

Faisal Nordin said...

terima kasih sudi menanti

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...