Sunday, June 29, 2008

Tengen Toppa Gurren Lagann

"Believe in yourself. Not you, who believes in me. Not me, who believes in you. Believe in you, who believes in yourself!"



Klip lagu "Sora Iro Days". Lagu permulaan untuk siri ini bagi musim 1 dan 2.

Aku terbaca dalam devArt, lepas layan anime ini, tahap keyakinan diri dan semangat turut meningkat, macamana Spiral itu terus berputar, macam itulah keyakinan untuk mencapai tahap tertinggi dan melepasi batas meningkat! Ceh! Aku pulak teremosi lebih!

Jalan cerita yang mudah diikuti, mengisahkan perjalanan Simon tukang korek tanah. Semuanya berubah apabila dia menjumpai kunci pengorek. Selebihnya boleh rujuk wikipedia ataupun tonton sajalah anime ini.

Design mecha dia lebih banyak variasi dan condong ke arah organik. Kalau ada skala logik, anime ini tak logik langsung (macam la logik itu faktor penting). Semangat dia pun takde memerlukan sebab yang sangat konkrit, tapi memang terasa betapa membaranya aura pasukan "Gurren Brigade".

Pada pendapat aku, adalah tindakan bijaksana untuk menamatkan siri ini pada no. 27, kerana untuk menyambungnya semula pasti akan membuahkan cerita yang letih untuk diikuti. Namun kita tengok saja nanti kot-kot mereka ada idea yang baguih "that will pierce to the heavens!"

Sekian reviu semi-pro.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...