Thursday, May 15, 2008

What is your rate?

"Sekarang dalam pasaran, berapa 'rate' kita ya?" tanya Hero.

"Tak tau la, ikut kompeni kot," jawab membe. Kedengaran bunyi mesin mengamuk-ngamuk di belakangnya. Sibuk di tapak bina mungkin.

"Apa maksud kau?"

"Kalau kapal itu besar, besarlah tanggungjawab kau, maka besarlah habuan kau," jawab membe kembali, bunyi desiran angin dari telefon kedengaran jelas. Lari dari mesin mungkin.

"Macam ni, aku dapat tawaran...." Hero mula bercerita.

"Okay, teruskaaan.."

"Tapi sikit je dia bagi naik, walaupun kompeninya ada sijil luar negara,"

"Oooo... woi diam sikit! Eh aku marah orang tu bukan kau ye," dengar membe gelak jahat. Seolah-olah bangga membuktikan kegagahannya walau dalam telefon.Mungkin.

"Ye aku tau. Kemudian aku bagitau kepada nakhoda aku, bahawasanya aku ingin turun kapal, kau tahu apa dia cakap?"

"Apa? Berambuslah kau? hahaha!"

"Bukan, aku tawar gaji kau mula dengan empat dari depan!"

"Wow! Empat! Cantik tu! Walaupun kapal kau berlubang-lubang tapi mereka masih nak bayar kau banyak tu!"

"Ya, itulah aku musykil. Kapal ni berlubang, tapi diberinya empat. Kapal satu lagi itu nampaknya kemas, tapi diberinya dua hampir ketiga. Jadi aku hendak tanya kau seolah cepu platinum,"

"Apa dia?"

"What is your rate, brader?"

"Huii..dikira susah payah kau kemudi kapal berlubang itu, dengan kau sekali jadi awak-awak sampailah pembaca peta, aku rasa itu memang berbaloi!"

"Ya kah?" tanya Hero. "Kalau dua hampir ketiga?"

"Ceh! Itu rate budak hingusan! Tak tahu baca peta! Tak tahu mana di cari mata angin! Kau tu aku campak dalam kapal dua alam pun kau boleh bawa lagi, kan?" Suara Member bernada keras sekali. Gegar corong telefon dengan ketegasannya.

"InsyaAllah, kalau tiada ikan duyung ganggu awak-awak aku lah,"

"Macam ini, kau terima tawaran empat! Kita mesti jaga status kita, pasaran kita. Usah jadi seperti di tanah gersang sana, awak-awak pun boleh jadi kapten! Hancur kawan, hancurrr!!"

"Ya, aku pun fikir macam itu, cuma hendak buah fikiran kau saja, wahai member,"

"Buah durian selori pun aku boleh bagi, biasalah kat kampung. Jadi wiralah aku...hahaha,"

Talian terputus. Gangguan siaran mungkin. Biasalah di kampung. Raksasa Kuning DG pun sesat.

Sila baca ini. Kasihan kan?

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...