Friday, May 09, 2008

Sustainable Development?

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at INCID 08..

Baru habis konference.Penat.Walaupun tukang dengar saja.

Memang banyak sangat exposure. Kali ini dapat dengar apa yang diperkatakan sangat pasal 'sustainable development' dari matakaca academicians, developers, consultants dan juga authorities.

Asasnya, tema konferens ini membicarakan hal-hal bagaimana merancang satu plan pembangunan yang memberi manfaat bukan sahaja untuk generasi sekarang, tetapi generasi akan datang. Seperti dalam wikipedia, 3 kunci utamanya ialah menjaga kepentingan dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar. Perlu diingat, mana-mana projek, tak kira kapasiti kecil atau besar, mudah atau kompleks, akan memberikan impak terhadap 3 kunci utama di atas. Contoh paling senang tika entri ini ditulis, ialah kes di Bandar Mahkota Cheras.

Pendapat aku? Bukan selalu dapat berkumpul dengan pakar yang asasnya lebih kurang sama tetapi keutamaan dalam bidang-bidang berbeda, maka program ini boleh dikatakan 'paradigm shift' untuk diri aku sendiri. Dan juga aku boleh menilai bagaimana perancangan dan pembentangan idea yang di kira bagus, hanya tinggal di kertas pembentangan saja tanpa apa-apa perubahan dengan apa yang berlaku di dunia luar sana.

Oh ya, SMART tunnel bukanlah projek mega yang membazir. Cuma diharap ia diaplikasi dengan optimum dan diselenggara dengan baik, no?

Satu perkara unik, bila diperkenalkan sebagai kontraktor, mereka akan jadi pelik. Mungkin pelik untuk budaya binaan malaya kalau seorang kontraktor begitu mengambil berat tentang hal-hal begini..kot?

KLCC View dari Skybridge. Aku lebih fokus kepada Facade dan Aluminium joints. Bukan Landskapnya..

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...