Tuesday, April 22, 2008

Sahabat tak kunjung kembali

"Ekau buat apa kat sini?"

Dalam ramai-ramai rakan berkumpul, Hero perasan Sahabat seorang saja yang bagi senyuman.

"Saja nak jumpa kau," jawab Sahabat, senyuman kucing diberikan. Ada makna lain dibalik ayat itu. Orang melayu, katanya perlu dikupas, santunnya perlu diselidik, silap habis disilat.

Hero tergelak kecil. "Lama tak jumpa kau, macam dah setahun rasanya,"

"Tak apa, nanti kita bertemu juga," jawab Sahabat kembali. Lagi ayat berlapis.

"Jadi, ekau jumpa aku ni ada hajat besar gayanya,"

"Aku nak tolong kau," Sahabat menoleh ke arah lain. Pandangan dilemparkan entah ke mana. "Aku tahu kau ada masalah nak sempurnakannya,"

"Takpe, aku tengah usahakan perkara itu, kau jangan risau," Hero tersenyum pahit. Dalam bicara saja Sahabat sudah dapat meneka gundah di hatinya. Memang sukar menepis ahli bicara dari membaca isi sanubari.

"Aku harap kau sempurnakanlah, ya." ujar Sahabat. "Itu je yang aku pinta,"

Tiba-tiba Hero terjaga. Nyatalah disaksikannya tadi cuma mimpi. Cuma ia teramat benar. Dahi berpeluh. Jantung berdegup kencang. Istighfar tidak putus-putus. Setelah tenang, Hero mula berfikir, lalu berkata sendiri.

"Aku faham maksudmu, sahabatku..."
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...