Saturday, March 01, 2008

Ibu Insan Istimewa

"Uwaaa!"
Kenapa ni?
Dia rimas, buka topi dia.

"Uwaaaaa!"
Kenapa pulak ni?
Dia lapo, jaga dia. Ayang buat susu kejap

"Uwaaaa-aaa"
Err..
Pegang betul-betul. Dia tak selesa la tu

"Uwaaaaaaa"
Nak buat camana?
Cek lampin dia, basah kot.

"Heee..uuu"
Waa..dia nak sembang la.
Haa..paham la pulak bahasa baby...

Ibu memang insan istimewa. Macamana mereka faham kehendak anak aku pun tak paham. Bukannya ambil kursus MLVK ataupun Penjagaan Baby EAB101. Tapi naluri mereka yang dikurniakan Allah menjadikan mereka faham apa yang di hati anak.

"Uwaaa..."
Aa..dia lapar!
Bukan, dia nak ayahnya...
Oooo....
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...