Pagi yang dingin, sebelum ayam keluar reban, aku dah bersiap untuk ke Kursus ICC anjuran MBAM di Jalan Klang Lama. Pertama kali ke kawasan itu dan mengambil tahu tentang ICC (International Chambers Commerce) menyebabkan aku terpaksa berjaga malam untuk study lebih kurang. Mujurlah ada internet ya.
Rasa mengantuk menguasai diri. Mujurlah salah satu panel dapat mengaitkan situasi pendengar (kebanyakannya kontraktor, pemaju, pakar bina dan sekelompok dengannya) dengan fungsi ICC sebagai "arbitary", salah satu mekanisme penyelesai pertelingkahan. Dia berjaya menarik perhatian pendengar dengan menggunakan jargon yang biasa untuk golongan pembina, dan menerangkan situasi yang biasa berlaku dalam pembinaan serta cara ICC menekel isu ini.
Pandangan pertama aku, sistem ICC ini bagus juga. Maka kuranglah kerja amal dan percuma yang dilakukan oleh kontraktor kepada klien. Tapi setakat mana ICC dapat membantu, itu kena rujuk kes-kes terdahulu untuk analisis. Pengetahuan aku agak terhad dalam bidang kontrak dan undang-undang menyekat aku untuk ulas dengan lebih panjang.
Lepas kursus, sesat lebih kurang 2 jam dalam Petaling Jaya, tempat yang aku tak paham jalannya sampai hari ini. Sampai di kantor, sudah petang. Bos suruh bersiap untuk perlawanan persahabatan Bola Tampor dengan klien.
Kami pun main. Menang. Dan balik. Ingatkan dapat hamper, rupanya cuma 100plus 2 tin sorang.
Congak balik, 2 jam saja aku kerja hari ni. Indahnya kalau tiap-tiap hari macam ni kan?
No comments:
Post a Comment