Selamat tahun baru masehi 2008 kepada yang menyambutnya. Kepada yang tak menyambutnya, selamat bercuti walau di mana anda menyambutnya.
Tahun 2007 membawa banyak titik perubahan dalam hidup, kadangkala terasa gerun untuk menghadapi 2008. Bukan gerun dek cabaran, bukan takut dilanda ombak, tapi gerun andaikata nikmat yang diperolehi hingga kini merupakan satu ujian daripadaNya. Maka tersangatlah alpa kerana hari ini baru disedari perkara ini.
InsyaAllah, tahun ni aku cuba siapkan Sahabat Kole Kacang 3, yang dijangka terbit pertengahan tahun. Robotan 2 yang dalam proses penulisan, serta Sahabat Kole Kacang 4 sekiranya mendapat keizinanNya.
Bak kata sahabat, berjagung-jagung dulu sebelum menanti masa menuai. Takkanlah nak berlapar semata-mata menanti padi masak?
Sekian entri pembuka 2008 untuk blog ini.
No comments:
Post a Comment