Saturday, January 05, 2008

Pesan Abah

Masa kecik dulu aku selalu bawak member datang rumah. Member sekolah, member main bola, dan lain-lain member lagi. Seronok bawa lepak kawan-kawan ke rumah.

Tapi tak lama pastu, abah aku pesan;

"Dalam berkawan ni ada banyak jenis kawan,
Ada kawan kita boleh jumpa di luar,
Ada kawan kita boleh makan sekali,
Ada kawan kita boleh bermusafir sekali,
Ada kawan kita boleh ke pagar rumah,
Ada kawan sampai ke pintu rumah,
Ada kawan kita boleh bawa ke rumah,
Pandai-pandai la kamu nilai,"

Tak lama lepas tu, duit abah aku hilang RM400. Masa tu dia jadi bendahari surau.Yang hilang tu duit surau.

Dan pada masa yang sama, aku tengok sorang kawan aku ni beli sportrim alloy, ambik seat allenkey, letak gear dan macam-macam lagi benda mahal pada BMXnya. Dia pulak sejak akhir-akhir ni selalu belanja orang kat kedai mamak. Dan dia selalu lepak dalam rumah aku main MicroGenius.

Tak lama lepas tu, basikalnya hilang. Dia kena pukul dan pau. Dan aku tak tau dia ke mana sekarang.

Aku pun tak nak jadi hakim dalam kisah ni.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...