"Di sini saya hendak beritahu kamu semua sesuatu" tiba-tiba GM bersuara. Mesyuarat petang yang sepatutnya singkat dirasakan makin memanjang. Semua hadirin membulatkan mata yang sudah kuyu. S/U pula sudah mula menegakkan mata pen yang tadinya melakar Keroro Genso.
"2 hari lepas, kita ada sikit kekecohan di opis,"
S/U memberhentikan tarian penanya, lalu berfikir, "2 hari? Setahu aku semalam ada Indon gado dengan Bangla, tu je kecohnya, mungkinkah..."
"Ya, kecoh kerana cuti Thaipusam," kata GM. "Semua pengarah menjadi kecoh kerana kamu semua cuti pada hari Thaipusam!"
"What the hell...." kata-kata ini nyaris melompat dari bibir Safety Officer, tapi sempat ditangkap dan disimpan dalam hati.
"Dulu kompeni akan sentiasa kerja, 24jam 7 hari seminggu. Pengarah mahukan syarikat dulu dan sekarang macam ini," sambung GM. "Kemudian, saya berkata kepada mereka, 'Mereka adalah pekerja, kamu semua adalah pengarah, kami takkan kerja sampai mati dengan kompeni, kamu semua datang kerja atau tidak itu tiada masalah kerana kamu adalah bos'"
S/U mendengar dengan teliti. Kerutan di dahi menandakan kebengangan terhadap pengarah yang tahu untung saja ini mencapai takat didihnya. Tapi adakah GM benar-benar mahu membantu mereka?
GM pun menyambung, "Namun begitu, saya sudah beri satu cadangan. Jika kamu bercuti pada hari cuti umum, maka kamu hendaklah beritahu bos. Kita akan buat jadual. Sekiranya kamu perlu bertugas, kami akan ganti cuti kamu pada hari lain, OK tak?"
"OK!" jawab hadirin lain. Tiba-tiba S/U menyampuk. "Kalau terus kerja, ada insentifkah?"
"Tidak ada!" jawab GM dengan cepat, pantas dan tepat mengenai lubuk hati setiap hadirin. "Cuma diganti dengan cuti, tiada bonos, tiada OT!"
S/U terkedu dengan jawaban itu. "Aku bekerja dengan 'Company of Jokers' rupanya". S/U membiarkan hadirin bertanyakan soalan demi soalan kepada GM sambil tangannya makin galak memperincikan lagi lakaran Keroro Genso MK-II.
No comments:
Post a Comment