Saturday, November 10, 2007

Mari pelihara itu makhluk....

Asyik drawing je...dah lama tak menaip karut-karutan.

Pengurusan tempat aku sekarang ada hobi yang amat pelik, iaitu menyayangi staf bermasalah. Bagi mereka, staf bermasalah ini cuma sesat, 'lost' perlu dorongan dan sokongan. Perlu diperjelaskan skop kerja mereka. Perlu itu perlu ini. Perlu dimanjai dan disayangi (UWEEK!)

Mungkin aku adalah pemimpin yang tidak baik, maka kata-kata aku takleh dibuat satu landasan. Namun begitu kalau dah kita beri info, kau longgok atas meja dan buat dek, kita bagi tugasan dan kau bagi aku balik menerusi sms "Bro, aku MC, tolong tengokkan..bla bla bla", dan dalam meeting berhadapan dengan sub-kon dan konsultan, kau mula memihak pada mereka dan menembak geng sendiri...lagi nak pelihara ke makhluk-makhluk ini?

Ya, aku pun bukanlah staf yang baik dan sempurna. Cuma cukuplah aku menjalankan amanah dan cuba sedaya upaya menjaga kepentingan kompeni. Bukanlah menunjukkan bontot kawan kepada musuh supaya dia mati ditembak, kita gelakkan kawan kita walhal kita sudah kalah...

Ntah la labu..

3 comments:

Anonymous said...

waaa...masalah besau tu brader.
hang kena sediakan perisai tebai sket ala-ala 300, kut-kut makhluk tu tembak hang.
ini makhluk jenis nak lepas pungkoq sendighi jer nih...

Panaharjuna said...

Tembak geng sendiri?, ho ho ho ho.. itu sudah Tombstone. So apa lagi? Itu sudah makhluk puaka rimba tu!, isu Pendekar Laut yang ke-entah!, hehehehe...
Bak kata member aku yang baru balik 40days...

"kita semua makhluk"

hehehehehe....

Faisal Nordin said...

aku kena bersabo sampai siap terpacak bangunan tu..lepas tu aku mungkin memikirkan kembali perjalanan karier nih... hhmmm...

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...