Dengan gembiranya dia menyemak akaun bank. Sebagai kakitangan syarikat kecil, gajinya masuk tiap akhir bulan.
Kemudian dia mula membayar. Bermula dengan air, telefon, minyak. Diikuti dengan kereta, rumah, hutang kawan-kawan, hutang kad kredit.
Pabila tangannya hendak membayar hutang PTPTN, dia terhenti sebentar. Dia mula mengira balik. Wah, tidak cukup. Alamatnya tidak bayar lagilah bulan ini.
Sungguh ajaib, baru sebentar dia menjadi salah seorang jejaka ribuwan, namun kini dia hanyalah seorang ratuswan. Wangnya cukup untuk bulanan... mungkin.
Hati yang berbunga kembali suram, niatnya untuk bersuka-ria dibuang jauh-jauh. Apalagi untuk balik ke kampungnya yang jauh nun di sana.
Sambil menggenggam jari, dia bertekad, "Bulan ini aku mesti kerja keras! Aku mesti berjimat! Aku mesti kurangkan beli komik!". Suaranya begitu jelas, mata ditenung tajam ke arah siling dan kemudian ke arah kucingnya. Tanda kesungguhan yang tiada taranya.
Andai kata kucingnya boleh berkata, pasti dia akan berkata begini, "Ceh, bulan lepas pun cakap macam ni jugak, sudah la tuaaan... Miaow!"
1 comment:
Kad dimasukkan ke mulut mesin. Hatinya tidak berbunga-bunga. Sebagai kakitangan syarikat kecil, gajinya masuk pertengahan bulan. Ketika orang lain sedang kehabisan duit, dia baru sahaja bernyawa. Begitu jua sebaliknya.
Baki di hujung akaun ditatap sayu. Pepunat mesin ditekan. Beberapa keping not berwarna biru dimasukkan ke dalam dompet.
Tiba-tiba dia disapa oleh seseorang. Dia menoleh, dan seorang penjual buku tersenyum sambil menghulurkan contoh buku. "Maaf" ujarnya ringkas. Penjual buku terus menggesa. Barangkali penjual itu telah melihat not-not yang dikeluarkannya. Baki terakhir dari akaun.
Dia merenung tajam tepat ke mata penjual. Wajahnya bertukar serius. "Maaf!" ujarnya sedikit menekan. Penjual itu segera berundur, "Maafkan saya".
--Hehe.. pengubahsuaian terhadap post..ngehehe
Post a Comment