Sunday, July 08, 2007

Maskara 2


"Ekau kat mana daa?" tanya Hero
"On the way! Nanti aku sampai ke koordinat yang kao janji. Aku tengah travers dari keramat," jawab sahabat dalam BMR + bahasa teknikal.
"Roger & Out!" Hero menjawab ala-ala walkie talkie seorang soldadu.

Sayup-sayup kedengaran bunyi enjin yang biasa kedengaran jikalau perjanjian dimeterai. Bunyi klac dan deruman piston berganti-ganti, tanda pemandunya juga sedang kalut dalam menepati masa.

"Maaf aku lewat, musuh di belakang en route tadi!" Sahabat berkata seraya pintu van dibuka.
"Tidak mengapa, kita mesti ETA sebelum pertunjukan Kesaktian Orang Kuat!" Hero menenangkan.
"Ngerti!" Pedal minyak ditekan, dengan segala kegagahan dari van berusia itu, Hero dan sahabat terus meluncur membelah kesibukan trafik ibu kota yang cuma tidur apabila Hari Raya dan Tahun Baru Cina.

Pertama kali menghadiri majlis Maskara.

Suasana yang mengujakan, bacaan-bacaan naskhah yang menghilangkan dahaga minda, kawan-kawan yang lama dan baru kenal, mereka semua cukup peramah.

Terima kasih kepada penganjur, dan juga kepada rakan-rakan yang baru kenal dan tidak sempat hendak kenal. Harap ada sessi sebegini lagi kita boleh bersembang dengan kala yang lebih bermakna.


Pengerusi majlis sedang bermadah...

Tangan Alif menjadi kabur sebaik sahaja tenaga ajaib diaktifkan!

En. M. Fadhli Al- Akiti membacakan sedutan novel Sci-Fi, garapan suasana yang menarik sekali

2 comments:

Anonymous said...

Salam perkenalan. Insyallah ada masa boleh tgk kami bergendang di majlis lain.

Panaharjuna said...

hahahahaha..
"Ngerti!" katanya!, macam ceta csi Indon jer hehehee..

MASAKARA tak ada bang, MASKARA ada!

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...