Saturday, June 09, 2007

Harapan seorang kawan

Minggu lepas dapat panggilan dari kawan lama.

"Bila boleh siap?" tanyanya.
"Eh, aku ingatkan dah tak jadi?" kata Hero.
"Mana pulak, bos nak jugak ni"
"Hah! camana pulak tu?"
"Dia kata dia nak juga, lagipun dah masuk schedule. aku bagi kau sampai 20hb ni OK tak?"

Hero berjeda sebentar. dia perlu menimbangkan kerja barunya, tanggungjawab terbarunya, dan juga harapan kawan lama.

"Baiklah, aku cuba sedaya upaya aku," jawab Hero.
"Hah, macam nilah kawan!" jawab kawan lama dengan riangnya.
"Tapi kalau 17hb aku tak dapat siap, maknanya tak siaplah," Hero cuba memberi satu syarat.
"Tak apa, kalau tak siap kau hantarlah apa yang siap!" jawabnya mengakhiri perbualan.

Sukar untuk mendapat kepercayaan seseorang, lagi-lagi dalam dunia yang penuh eksploitasi dan korupsi ini. Maka hero mula mengatur perancangan. Dia mesti menyiapkannya. Dengan Doa dan tawakkal, serta niat yang suci, dia pasti melakukannya!
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...