Friday, June 15, 2007

Bos-bos Kita

"Perasan tak?" Tanya Hero kepada Heroin
"Apa dia?" Jawab heroin sambil mengunyah kismis.
"Dulu masa awak duduk dengan bos yang best, kerja pun balik lambat, pergi kerja awal, pastu nampak macam puas hati je bila hujung minggu," Hero menjelaskan, "Saya pulak, rasa nak balik awal, asyik tengok jam, dan boleh baca sokkobar dari depan ke belakang dan depan balik,"

"Um humm?" Heroin meminta sambungan, sambil mulutnya sibuk mengunyah kismis.

"Sekarang ini, awak tukar bos yang tak best dan asyik outstation. Bos saya pulak, banyak ajar itu ini, selalu update kerja dan dairi saya, minta saya jaga dari sekecik-kecik benda sampai sebesor-besor isu," Hero menukar gear dengan tenang ala pemandu Rally di Jalan Sultan Ismail.

"Hmmm?" Heroin mengangkat keningnya, sambil menyuapkan lagi 2 biji kismis.

"Sekarang ni, saya pulak balik lewat, nak pi kerja awal, bila hujung minggu rasa puas bekerja. Kamu pula, cepat penat dan bosan, nak balik awal tapi pi kerja lambat, dan tak sabar untuk hujung minggu,"

Heroin tersenyum, "tunggulah bila awak dah bosan nanti, kita tengok camana roda berpusing,"

"Yaa..wang besar...wang besar!" Hero melawak, tapi tak best.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...