Sunday, May 06, 2007

Anda Buih?

Buih takkan dapat mengubah arah ombak
Buih cuma mengikut ke mana ia ditolak arus
Buih biasa dilambung walaupun kelihatan ia terus berpegang pada laut
Semakin besar buih, semakin mudah ia pecah
Semakin kecil buih, semakin ia tiada makna
Buih cuba melekat pada batu, sedangkan batu itu boleh merosakkannya
Buih akan duduk dengan sekelompoknya
Buih bersendirian akan pecah dengan lebih mudah

Cermin diri, banyak sangat sifat buih itu ada pada kita, malah lebih lagi. Maka benarlah sabda Rasulullah tentang umatnya diakhir zaman.

Ingin berubah? Jangan jadi diri kita bagai buih!

Wallahualam...
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...