Kisah 1
Lokasi: Bin Umran, Doha, Qatar.
Tak sampai seminggu, datang seorang yang mengatakan dia adalah tuan rumah. Rupa seperti orang pakistan, mungkin afghan, tapi yang menakjubkan warga luar mampu membeli rumah di tempat yang mahal nak mampuih macam di sini (walaupun rumahnya takde la cantik mana). Kemudian kami dikehendaki bayar deposit 6+1 (what??), kemudian diberi surat perjanjian dalam 'lughoh'. Walaupun kurang memahami isi kandungan tetapi agak menghairankan apabila dapat resit "Bin Umran Butcher". Kami fikir baik saja, mungkin kehabisan resit.
Tak lama kemudian, sedang aku syok tido, pintu besi diketuk bagai ingin dirobohkan. seorang pemuda arab bersama kawan-kawannya menaiki sebuah MPV berada di depan rumah. air muka mereka kepanasan, walaupun suhu sejuk diluar. mereka marah-marah dalam bahasa arab ammi, aku tak sempat on subtitle.
Dengan bantuan seorang penterjemah india kerala, dia memberitahu bahawa kami telah menduduki rumahnya secara haram. dan dia mahu kami keluar dari rumah itu secepat mungkin!
HOH? ...
No comments:
Post a Comment