Thursday, March 29, 2007

70 kali ganda

"Wah, bestlah kau, dah kahwin ini amalan kau akan digandakan 70 kali," kata Kawan.

"Kau cuba bayangkan, kau solat, kau puasa sunat, kau kerja ikhlas pun berganda-ganda ganjaran kau dapat!"

"Iya, tapi memang ada sebabnya," kata Hero ,"satu benda tu takkan jadi tanpa sebab."

"Apa maksud kau?" tanya Kawan.

"Dulu kalau hendak makan, pergi sahaja kedai, melantak, balik dan tidak fikir apa-apa dah," jelas Hero.

"Apa beza dengan sekarang?"

"Sekarang, kalau hendak makan, kena fikir untuk si dia, dah makan ke belum, dia suka apa. Nak pergi kedai, kena pikir nak bawak si dia ke nak tinggal, sapa jaga rumah, hati dia terusik tak kalau pergi, pintu rumah kunci macamana."
Kawan terlopong mendengar kata-kata Hero.

"Kiranya sekarang kalau nak buat sesuatu, kena fikir lebih panjang dari sebelum ini, tak boleh gaya koboi macam dahulu," Hero mengakhiri hujahnya.

"Namun begitu kau mesti ingat, isteri itu satu anugerah, bukan hakmilik" tambah Hero. Senyuman terukir dibibirnya. Bahagia mungkin, walau peluh berkilat-kilat di mukanya.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...