Friday, February 23, 2007

Syukur Semuanya Selamat

Alhamdulillah majlis walimah kami berjalan lancar. Acara akad nikah berjalan dengan begitu lancar dan meriah dalam persediaan penuh sederhana. Kehadiran saudara-mara, rakan-rakan serta jiran sekeliling mengimarahkan majlis. Suara hadirin dan kanak-kanak riuh rendah, serta ucapan selamat dan doa menghiasi atmosfera walimah. Hujan sedikit lebat menyerikan lagi majlis kami.

Terima kasih kepada semua yang hadir. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa kalian. oh ye gambar tak siap lagi, begitu juga dengan cd majlis. Saya dan Ani agak sibuk selepas majlis selesai, maklumlah kerja syarikat swasta.

Kalau ingin lapang dan kaya selalu, berniagalah :)

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...