"ko dapat sms pagi tadi?" kata member
"sms apa? sms chenta ke?" jawab hero
"Mak Pn Ainon dah meninggal la, pagi tadi, kebumi lepas solah jumaat,"jawab member hero.
segala rasa lawak dan gembira tiba-tiba senyap sunyi. walaupun kereta bertali arus di lebuhraya LDP, tapi seolah terasa keasingan, kesunyian akibat terpana dengan berita ini.
"innalillah..." ucap hero, walaupun dalam hatinya agak terkilan berita lewat diterima,namun itu bukan isunya sekarang. baru ingin bertanya tentang rumah terbuka sifu, nampaknya soalan itu terpaksa dibakulsampahkan dulu.
"dia meninggal malam jumaat? insyaAllah banyak rahmatnya waktu itu," ujar hero.
senyap sunyi. lalu secara automatik kedua sahabat meminta diri. memberi ruang kepada hero untuk bertafakur. mungkin. atau menginsafi bahawa dirinya pun tidak bersedia untuk menghadap sakaratul maut.
---------------------------------------------
takziah buat Pn. Ainon atas pemergian ibunya. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment