Wednesday, November 22, 2006

Buku: Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus



Apa dia Sangkuriang? Atau lebih tepat lagi, siapa dia Sangkuriang?

Buku ini merupakan kumpulan cerpen sedekad Pn. Nisah Hj Haron iaitu dari tahun 1996-2006. Ada 15 cerpen di dalamnya dan yang menariknya setiap satunya membawa kesan berlainan andai betul-betul menghayatinya. ada romantisme, provokasi, dan membuat (aku) berfikir sejenak selepas membaca. Ah, tidak rugi membelinya, lagi-lagi orang yang baru nak bertatih bidang penulisan macam aku. Banyak sangat dapat dipelajari dari buku ini.

Hendak komen lebih panjang terasa tidak layak, seperti peminat baru manga ingin mengomen lukisan Mona Lisa dari segi artistik dan falsafah. Maka eloklah aku berhenti di sini dan bacalah kumpulan cerpen ini.

lepas baca cerpen kedua, aku rasa meremang sebentar. kenapa ye? hmmm...

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...