Wednesday, October 18, 2006

Raya dah dekat....



ni lineart utk katun ucapan raya kali ni

raya sudah makin hampir. ym semakin sunyi, forum makin sikit pelawatnya, jalan raya semakin sesak, mood kerja makin menurun, pasaraya semakin penuh.

aku?

tahun ini beraya ala kadar aje. kalo nampak grand itu adalah rezki sedikit dari saudara mara. nak kena didik hati dan jiwa ini supaya amik sekadar perlu. tolak sangat dunia ketinggalan, kejar sangat mati kempunan. kalau ada rezki saat-saat akhir ni cuba bawa bersedekah ataupun gembirakan hati orang lain. melihat kegembiraan orang dek hasil tangan kita lebih memberi makna daripada puas hati sorang-sorang menelek baju mahal yang kita beli. entahlah, ini pendapat naifku saja. bukan wajib diikuti oleh sesiapa pun.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...