Wednesday, October 11, 2006

Makaroni Beriyani

Asyik lukis dan tulis kehidupan, buku dan komentar, apakata aku tepek resipi supaya satu hari nanti (balik kampung nanti ke) boleh aku cuba. macam yummy je ni...! kalo ada sahabat yang dah cuba bagitau la sedap ke tak noo...

resipi oleh Comel via relexjap yahoo group.

Bahan-bahan

500 g macaroni
300 g daging cincang
5 biji bawang merah (dihiris – separuh dibuat bawang goreng)
2 sdm rempah beriyani
1 sd serbuk ketumbar
1 sd rempah korma
2 sdm cili boh
1/2 sd lada putih
3 sd kicap manis
3 sd sos cili
4 sd sos tomato
3 biji tomato (dipotong)
2 batang lobak (dipotong)
2 sd halia (kisar)
2 sd bawang putih (kisar)
1 sd jus limau
1 cube stok ayam
3 biji cili merah (potong bulat)
3 biji cili hijau (potong bulat)
1 cawan minyak sayur
daun ketumbar, pudina, bawang goreng dan garam.

Cara Menyediakannya:

1. Air dididihkan bersama rempah kurma, cengkih, kayu manis.
2. Masukkan macaroni hingga empuk dan toskan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan hiris, halia, bawang putih dan lada kisar hingga wangi.
4. Masukkan daging cincang, rempah beriyani, sos, kicap, cube ayam, garam, lobak, cili hijau/merah, tomato dan jus limau.
5. Akhir sekali masukkan macaroni dan gaul hingga rata.
6. Taburkan dengan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng apabila menghidangnya.

Selamat Mencuba
Comel...
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...