Tuesday, October 03, 2006

Buku: Ayat-ayat Cinta



oleh Habiburrahman El Shirazy

Buku ini sedang hangat dipromosi di semua kedai buku kegemeran aku. Mula pandang ingatkan ia novel chenta ringan, yang dijangka boleh dihabiskan dalam masa sehari setengah. Namun begitu tekaan aku salah kali ini. Setakat bacaan aku sekarang, banyak sungguh ilmu yang diperolehi daripada novel ini. walaupun kekadang aku terasa seperti watak "Aku" terlalu sempurna, namun begitu masih awal untuk aku memberi tanggapan tersebut. Mesejnya ada dalam tersurat mahupun tersirat, membuatku berfikir sejenak sebelum menaip sebarang komen pada novel ini. oh ye, sebelum ada yang kecewa, ini novel indonesia, dan lenggok bahasanya ialah lenggok orang sana, jadi mungkin ada yang tidak suka serta-merta disebabkan faktor ini. Tapi bagi aku, aku akan teruskan bacaan, kerana aku percaya, komentar-komentar terhadap buku ini bukan ditulis sekadar untuk promosi.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...