Friday, October 06, 2006

Baju Bersalib...tak apa...?

Dulu masa piala dunia, budak sibuk nak pakai jersey pasukan kegemaran mereka. bila pasukan england dah sah ada lambang salib, mereka tak peduli, beli jugak.
"Bergantung pada niat la, aku pakai je, tapi aku smayang, dah ni team feberet aku," kata si polan.
"Tapi kalo dah salib tu salib gak, takde apa yang nak dibanggakan. kalo depa menang pun, depa yang kaya, hang? mata lebam penat tengok bola ada laa.." jawab hero.

Satu ketika dulu, hero hendak membeli tiket bas ke Kuala Lumpur.
"Bang tiket Key El satu," kata hero
"OK, kul 4.30 ada kosong lagi," kata polan penjual tiket
tapi hero amat terkejut melihat baju polan, 'Jesus is Dead' tulisnya atas baju hitam bersalib putih ala gothic coraknya.
"abang, cantik baju, beli mana?" tanya hero
"kedai bundle la, ni band baru ni, layan siot lagu dia," kata polan
"bang, tu salib, jesus tu nabi isa, apa abang percaya sama dengan depa ka?" soal hero
Polan bengang seraya memulang duit balance, "ko nak beli tiket ke nak nasihat orang? sukati gua la pakai apa, bukan lu punya duit, nah amik ni pegi KL cepat!"
mungkin hero terlalu tajam lidahnya, tapi salah tetap salah.

Pagi semalam sewaktu rush hour, hero ternampak baju putih lambang salib bertulis "Westside Motorist" (tak silap mata hero). yang pemakainya..ye..budak melayu yang boleh dikatakan muslim. tapi jam menunjukkan 8.45pagi, untuk bersembang dengan brader tu mungkin mengambil masa 30 minit minimum. maka hero dengan berat hati terus melencong ke arah opisnya. semoga Allah memberi dia hidayat.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...