Monday, August 28, 2006
Cite hari Isnin
rujuk dari sini ... http://shw.fotopages.com/11874353.html
_satu
aku rasa perkahwinan artis paling tinggi tahap keselamatan ialah kenduri Siti n Datok K ni.baru jam 3ptg dah ada roadblock,polis siap sedia,kereta peronda,pak guard dan macam-macam lagi. apa yang best sangat tah sampai sekuriti tinggi ni? dan satu lagi, majlis mula jam 12 tengah malam sampai jam tiga. wah? nanti jadi trend la majlis tengah malam ni (ke dah ada? aku je jumud)
_dua
aku terbaca email dari seorang jutawan melayu berjaya. ada isinya yang bagus,tapi tak tau la. boleh baca dalam ruangan komen. aku baca, tapi aku tak pernah malu aku melayu. itu je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dunia Terus Berputar
Oleh Zaidi Ismail - http://360.yahoo.com/zaidie25
www.azizibrahimcfp.com
Setelah lebih sebulan berjalan, dan lebih RM18 ribu duit free habis, aku pulang semula ke Petaling Jaya untuk re-charge sebelum ke Australia minggu hadapan. Fuhh Taiwan membangun dengan pesat sekali, Sampai sahaja aku di Taipei jam 9:30 malam, aku terus ke Taichung, satu bandar pinggiran yang mempunyai jarak kira-kira 300 Km dari Taipei, lebih dua jam perjalanan menaiki teksi.
Orang Taiwan macam orang jepun jugak, berdedikasi tinggi dan penuh penumpuan bila buat kerja, ini terserlah dengan pemandu teksi yang bawak aku dari lapangan terbang CKS hinggalah sampai ke Splendor Hotel di Taichung. Berpuluh kali dia sebut sorry dengan aku, dari salah masuk simpang, sampailah kepada kerana lewat sampai di Hotel, walhal bukan salah dia pun. Tapi dengan tak reti berbahasa Inggeris dia terus memohon maaff berulang-ulang kali. Itu budi bahasa orang Taiwan.
Biarpun aku dah banyak kali ke Taiwan, ini pertama kali aku ke Taichung pada bulan July, bulan yang panas. Matahari terbit seawal jam 5 pagi, patutlah mereka keluar kerja awal dan balik lewat, sudah menjadi sebahagian daripada nilai hidup mereka, dilihat kiri dan kanan jalan di Taichung, diamana ada tanah kosong situ ditanam padi atau sayur dengan kata lain takda tanah kosong atau terbiar, semuanya di gunakan dengan sepenuhnya. Macam juga ketika mereka bekerja, tiada waktu kosong, sentiasa dipenuhi waktu berfaedah, kerja keras jadi amalan seharian mereka. Itu di Taiwan, di Malaysia ehmmm entahlah.
Hari selasa semasa aku di Taipei, handphone aku berdering, "Encik Zaidi, Ini ika dari Tiara Beach Resort, cek En.Zaidi bagi setengah tahun nie dah siap, boleh datang ofis dan collect? , Maaf Ika, saya berada di Taiwan, Insyalllah pulang dari Taiwan nanti saya akan ke pejabat". Sudah hampir 3 tahun, kalau orang lain beli rumah kena bayar, aku beli rumah bukan sahaja tak perlu bayar malah setiap 3 bulan sekali aku diberikan cek pendapatan dari rumahku sendiri, cukup kalau nak buat untuk bayar pembantu rumah setiap bulan. Tidak lama selepas itu, handphone aku berbunyi lagi "Mr. Zaidi, this is Jane, from the real property, are you confirming in purchasing the house?" , "yes, as soon as my banker approve the facility, we will conclude the S&P agreement, I will have my lawyer to prepare the S&P" ,
Aku beli rumah lagi and this time untuk aku, kalau beberapa rumah yang dulu untuk tujuan pelaburan dan sebagainya kali ini untuk aku, my first official home with my own address, itupun kalau semua yang aku rancang untuk dapatkan rumah tersebut secara percuma akan di persetujui oleh pihak bank. Saya takan beli kalau bukan percuma, buat apa saya nak keluar wang saya sendiri untuk beli rumah kan? Lagipun rumah dah siap bukan kena tunggu bertahun untuk didiami, saya pun belum merancang untuk tinggal di situ, cukup sekadar untuk buat alamat pos dan tempat parking kereta saya bila saya ke luar Negara, maklumlah saya boleh parking kereta dalam rumah, takda la kereta kena habuk.
Minggu lepas Bank Islam Platinum Club telefon, belum sempat aku menjawab, `Encik Zaidi, tahniah diucapkan, kami baru meluluskan upgrade gold card encik kepada Platinum card, encik nak datang ambil atau kami hantar concierge kami untuk menghantarnya, sila juga nyatakan kelab golf encik supaya kami boleh upgrade kemudahan encik nanti" walhal aku bukan suka main golf, tapi itulah adat dunia, anda akan dilayan seperti raja jika anda mempunyai wang ringgit ataupun jika mereka rasa yang anda mempunyai wang ringgit, tidak semestinya anda perlu mempunyai wang ringgit yang banyak.
Perlu diketahui oleh umum bahawa bank adalah untuk mereka yang mempunyai wang dan bukan untuk mereka yang miskin dan mempunyai kesempitan wang, itu asas, sama seperti insuran adalah untuk mereka yang sihat dan mampu untuk membayar premium insuran dan bukannya untuk mereka yang sakit dan miskin. Lebih cepat anda sedar dan faham realiti ini, lebih mudah untuk anda untuk mengharungi kehidupan. Bukan niat saya untu menunjuk atau berlagak kerana semua orang mempunyai keupayaan untuk memiliki apa yang saya miliki, itu perkara senang, yang susah adalah untuk mempertahankan apa yang dimiliki. Itu satu cabaran.
Siti Nurhaliza VS Mawi
Balik saja kat Malaysia cerita yang sibuk orang bercerita kat saya kalau tak pasal Siti nak kahwin atau cerita Mawi putus tuning. Saya memang tak ambil peduli pasal mereka, jangan nak suruh pergi konsert mereka, kalau bagi CD mereka secara percuma kat saya pun saya tak ambil, satu sebab takda kualiti, itu sudah pasti dan yang kedua "not my taste" musik terpinggir, takda kelas langsung. Duit dan pendapat saya, suka hati saya la kan.
Tapi yang buat saya ambik tahu pasal kes mereka nie bukan sebab mereka tapi sebab saya berminat melihat psikologi manusia, terutama mereka yang "bodoh" disekeliling mereka, memang takda yang nak mengaku depa "bodoh" tapi perbuatan dan kerenah mreka yang "bodoh". Mana tidaknya seorang meletakkan martabat dirinya paling rendah, ada yang fresh, baru dan sekufu, yang dah season dan second-hand jugak yang dipilih, dah lah second-hand harga yang dibayar mungkin tak setanding, kalau dulu masa Erra dan Yusri kahiwn saya menekaa tidak lebih dari 3 tahun akan bercerai, dan betul pun jangkaan saya, yang ini saya bagi tak lebih 3 tahun jugak, mungkin kurang lagi ada. Golongan macam ini yang dijadikan contoh? Contoh apa? Yang kaya dan glamour depa orang "bodoh" lain yang meletakkan mereka disitu.
Pasal yang sorang lagi bagi saya bukan lelaki, bapuk hahahah, ada ke bagi statement "saya serahkan semua keputusan kepada keluarga saya" , satu, keluarga apa beb, kalau anak lelaki yang sulong tak boleh jadi ketua keluarga dan ambil keputusan sendiri baik jangan jadi lelaki, macam Arwah Ayah saya pesan "potong telur, bagi makan anjing". Kedua, yang nak kawin tu keluarga ke atau diri sendiri? Macam nie yang nak dijadikan contoh, konon lebai menyanyi, lebai tak cukup akal dan belum cukup dewasa. Lawak, "bodohnya" peminat mereka. Sekali lagi, ruang saya, pandangan saya. Kalau tak suka jangan baca. Bukan saya tak pernah melakukan sesuatu yang "bodoh" tapi saya mengaku dan kemudian berubah kepada melakukan perkara yang "tidak bodoh".
Ramai yang bagi pendapat dan pandangan supaya saya ubah cara menulis dan memberi pandangan, pernah jugak la cuba, sekali tukar style, ramai pulak yang terkedu dan bila saya fakir-filkir balik, itu bukan cara saya, buat apa nak ubah untuk orang lain, be original , lagipun hanya ada satu sahaja Zaidi Ismail dalam dunia, so I will keep on writing the way I like it, like I said it before, my way or the highway.
Mahathir Vs Pak Lah
Yang ini satu Malaya diperbodohkan, kalau masa perang antara taktik yang sering digunakan adalah dengan mengalihkan pandangan umum atau lawan dengan perkara sebenar supaya lebih mudah menawan musuh. Amerika dah Yahudi dah banyak kali buat, yahudi mempeloporinya, depa serang Iraq sebab depa kata ada "senjata pemusnah", walhal semua orang tahu depa nak minyak Iraq. Dalam isu Mahathir vs Pak Lah sama juga, Malaysia kini mempunyai masalah ekonomi , penganguran, sosial , remaja , krisi identiti dan pelbagai masalah dalaman yang lain, cara terbaik untuk mengalihkan pandangan orang ramai tentang isu sebenar ialah dengan mengadalkan isu lain yang lebih sensasi dan oleh kerana Media di kawal oleh mereka maka ujudlah isu Mahathir vs Pak Lah, satu Malaya "diperbodohkan".
Kalau mengikut Shin Su, kalau nak beperang dan tak cukup anggota atau kelengkapan peperangan, cara terbaik ialah dengan menggunakan akal atau helah, ini bagi samada untuk mengalihkan pandangan, untuk melalaikan atau pun untuk memperbodohkan, Perang Spartan Trojan dulu pun menggunakan teknik dan taktik yang sama, letak satu kuda kayu untuk dibuat penyembahan, semua orang tahu cerita "Troy" yang Brad Pitt dan Orlando Bloom berlakon tu.
Setelah dilihat daripada perkembangan semasa, ianya tidak menguntungkan rakyat Malaysia amnya. {Ada waktu yang sama ianya menguntungkan Pak lah dan kroninya, isu yang dibangkitkan berjaya mengalihkan padangan umum terhadap tahap kecekapan dan keberkesanan Pak Lah , tahap kesihatan beliau, ianya dapat meningkatkan imej Najib di mata masyarakat Malaysia tapi isu sebenar yang lebih kritikal tidak disentuh. Isu ekonomi, sosiall dan sebagainya tidak mendapat sambutan di arus perdana. Jadi biarlah mereka bergaduh, gajah dengan gajah bergaduh yang mati semut ditengah-tengah. Yang paling penting ialah diri kita, lebih baik kita fikirkan pasal diri kita dari fakir diri orang lain.
Bunuh membunuh
Hampir hari-hari kita disogokkan dengan jenayah bunuh dikala ini. Saya tidak mahu mengupas kenapa perkara ini berlaku. Kita semua tahu kenapa ianya berlaku, manusia yang tidak mampu untuk berdepan dengan tekanan psikologi dan jati diri. Mereka yang tidak mampu mengawal psikologi diri, tekanan dan himpitan dari keadaan sekeliling.
Terdapat 2 faktor utama yang menjerat manusia menjadi rakus seperti haiwan.
Nafsu yang tidak terkawal
Tekanan Psikologi yang gagal dikawal oleh pelaku.
Bagaimana untuk membendungnya, semua bermula dari rumah, anak-anak yang terdedah dengan pelbagai jenis unsur-unsur negatif yang dibawa oleh kedua-dua ibu bapanya seperti yang tersenarai dibawah:-
Siapa yang mula-mula memperkenalkan anak-anak ini dengan televisyen?
Siapa yang mempekenalkannya dengan hiburan atau berhibur?
Siapa yang megajar mereka tentang imbuhan? Atau upah?
Siapa yang mengajar anak-anak ini tentang pahala dan dosa?
Siapa yang memperkenalkan mereka dengan pakai yang tidak menutup aurat?
Siapa yang memperkenalkan unsur-unsur kejahatan kedalam diri anak-anak ini?
Semua yang diatas adalah tanggungjawab ibu-bapa, tiada alasan cuma kebenaran. Jadi memang salah ibu mengandung sebenarnya, ibu-bapa hari ini rata-rata gagal mendidik dan membesarkan anak-anak mereka dengan sempurna. Kalau tak tahu bagaimana menjadi ibu-bapa saya cadangkan jangan berkeluarga kerana besar kemungkinan 99% anda akan gagal dan anak anda akan menjadi salah satu statistik jenayah di Malaysia.
Masalah sosial dinegara ini disebabkan dua tiga faktor utama.
Ibu-bapa
Diri sendiri
Selain daripada factor diatas bolehlah dikatakan sebagai satu alasan untuk menyedapkan hati sendiri, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya adalah penyumbang kecil, jika tidak mempunyai asuhan dan didikan sempurna dari ibu-bapa dan tidak mempunyai jati diri yang kental seseorang itu akan gagal dalam hidupnya dan terjerumus menjadi sal;ah satu statistik masalah sosial di Malaysia.
Melayu Murtad
Perkara ini dah lama berlaku, dari dulu saya tak pernah menganggap melayu mesti muslim, melayu adalah merupakan satu gugsan bangsa, batak juga dikenali melayu, tapi orang batak takda agama, mereka percaya kepada spiritual alam, jadi saya tidak terkejut jika ada melayu kristian, melayu Buddha atau melayu hindu. Bagi saya itu hak mereka tentang apa yang mereka percaya. Lagipun melayu muslim yanh kononya menentang kemurtadan orang melayu sendiri tidak semestinya muslim sejati.
Ramai muslim melayu yang masih buat benda haram, dari yang hisap rokok hinggalah yang mengunjungi Jomheboh, dari yang makan riba hinggalah yang makan harta anak yatim, yang solat tak cukup dan mereka yang tak pernah solat langsung. Jadi muslim sangat jke kita? Yang mengaku muslim? Adakah kita seorang pemimpin yang baik didalam keluarga kita?
Hampir 70 peratus yang hadir ke kelas dan seminar Penyelesaian Hutang dan Perancangan Kewangan yang dianjurkan oleh saya adalah waninta dan hampir 50% daripada mereka tidak mahu melibatkan suami masing-masing berkenaan perihal program perancangan kewangan dengan kata lain nak buat asing dan sendiri-sendiri dan kebanyakan alasan yang kami terima, suami mereka bukanlah seorang ketua keluarga yang boleh memminpin dan men jadi catalyst yang boleh dihormati dirumah. Cuma sebab isteri taknak bergaduh maka hal berkenaan kewangan tidak dibawa berbincang. Dengan kata lain, suami hanya pandai buat hutang tapi tak reti nak langsaikan hutang ataupun suami tak reti nak mangurus kewangan keluarga. Kata pendeknya, kebanyakan suami dikala ini adalah yang berkualiti rendah atau tiada kualiti langsung, i.e suami hampeh. Ada juga yang mencabar saya, sebab saya masih bujang dan kononya tidak tahu asam garam rumah tangga, everything will happen in due time, tiada apa yang hendak dikejarkan dan tak semestinya kita kena rasa garam baru tahu ianya masin. Ada dua cara untuk merasai sesuatu, pertama melalui menagalaman (samaada sendiri atau orang lain) dan kedua melaui ilmu (dicari atau diberi).
Saya hormat mereka yang nak keluar dari Islam nie, mereka berani biarpun mengikut hukum mereka seharusnya mati, saya hanya hormat tapi tidak sedikitpun simpati sebab itu jalan yang mereka pilih, salah mereka sendiri kalau nak meyusahkan diri dan kalau tak tahu jati diri. Jadi kalau mereka nak mati sekalipun saya tak ambil peduli. Lantak la depa dengan keputusan mereka, saya mempunyai agenda dan masalah saya sendiri, kenapa saya perlu peningkan kepala memikirkan hal mereka, kalau mereka nak ke neraka silakan, tiada siapa yang halang. Bagi saya golongan sebegini kalau ada pun tak guna dan kalau takda pun takpa. Cara terbaik untuk menanggani masalah ini ialah dengan menjaga entiti keluarga sendiri , kalau keluarga sendiri tak terjaga jangan mimpi nak jaga keluarga orang lain.
Salah siapa jika mak bapak sendiri yang memperkenalkan shopping complex kat anak? Salah siapa jika maka bapak takda masa kat rumah? Salah siapa jika mak bapak tak reti nak ajar anank sendiri solat? Salah siapa jika mak bapak sendiri tak tunjuk contoh yang baik kat anak-anak dan bergaduh depan anak? Salah siapa jika mak bapak sendiri tak ambil tahu tentang pelajaran anak-anak? Salah siapa jika mak bapak sendiri tak tahu kemana anak-anak menghabiskan masa diluar rumah? Salah siapa jika mak bapak tak kenal kawan-kawan anak-anak mereka? Salah siapa jika suami tidak mampu untuk menguruskan rumah tangga, tidak mampu menjadi suami dan ayah, salah siapa jika anda seorang yang gagal dalam kehidupan anda? I think you all got the picture by now. Jadi jangan salahkan orang lain, tengok dan cermin diri sendiri dulu sebelum menuding jari kearah orang lain.
Intermission
Satu ketika dulu saya berada Singapura atas urusan kerja dan untuk menghadiri salah satu pertunjukkan teknology terbesar di Asia yang dikenali sebagai CommuniAsia 2006, ianya diadakan bersama-sama dengan BroadcastAsia , MobileCommAsia, NetworkAsia , SatComm dan EnterpriseIT. Ia menghimpunkan lebih daripada 50 ribu jenis produk dan technology baru dari serata dunia beserta dengan pakar-pakar teknologi dan pengamal-pengamal teknologi dari serata dunia termasuklah budak Melayu seorang ini.
Saya dah muak ke Singapura, ini yang kali ke berapa ratus dah tak terkira, satu bandar besar yang membosankan bagi orang seperti saya yang hanya tahu bekerja siang dan malam dan kalau tidak ada mesyuarat atau perjumpaan dengan pelanggan akan mengurung diri di Hotel untuk terus bekerja. Tapi yang pasti kemanana sahaja yang saya pergi di Singapura saya akan terjumpa dengan orang sebangsa saya.
Baik dimasjid, dijalanan ataupun dipejabat perkara yang sama diperkatakan. Melayu singapura adalah Melayu kelas kedua dibumi yang diperintah oleh warga asing, mereka tahu akan kedudukan mereka maka mereka bekerja keras untuk menidakkan keadaan tersebut. Seperti juga Melayu ditempat lain, mereka akan cuba hidup didalam masyarakat Mereka sendiri baik di Gelang ataupun di mana sahaja di Singapura mereka hidup didalam komuniti mereka mencari kekuatan. Biarpun Gelang dikenali sebagai RED Light District , kawaasan merah yang dikhaskan untuk kegiatan pelacuran "halal" yang dibenarkan oleh pemerintah Singapura. Mengapa kawasan Melayu yang dipilih untuk kegiatan sebagini rupa? Apakan daya orang Melayu Singapura, Sama seperti yahudi yang menjual arak, haram bagi mereka untuk meminum arak tapi "halal" untuk menjualkannya kepada orang lain. Begitulah juga apa yang dilakukan oleh pemerintah Singapura kepada Melayu Singapura, samaada sedar atau tidak.
Disini Melayu Singapura juga disuap biarpun tidak seteruk Melayu di Malaysia. Masjid dibina atas pemberian pemerintah yang bukan muslim dan sekali sekala mereka juga akan disuap ketika pilihanraya untuk memenangi undi. Bagi saya apa yang yg berlaku di Singapura menggunakan formula yang sama di Malaysia. Cukup makan, cukup pakai maka tiada apa yang hendak dirisaukan oleh Melayu Singapura. Pergi kerja dan balik kerja, biarpun pemerintah singapura akan membina pusat judi terbesar di Asia Tenggara sikit masa lagi, namum bagi penduduk Melayu (muslim) sekitar 1.3 Juta orang di Singapura tiada apa yang mampu dilakukan oleh mereka, tidak mempunyai kuasa politik malah tidak mempunyai suara.
Kalau dilihat dari segi kompetitifnya Melayu Singapura berbanding Melayu Malaysia, mereka mereka jauh lebih kompetitf, ini semua bukan lain kerana survival dan tekanan mahu hidup. Mereka tidak mempunyai hak istimewa seperti Melayu Malaysia, jadi mahu atau tidak mereka harus bekerja keras dan lebih kompetitif.
Bukan niat saya untuk bercerita atau mengupas inti pati melayu Singapura sedangkan masalah Melayu Malaysia sendiri tidak putus-putus, ianya hanya mukadimah biarpun mungkin apa yang saya gambarkan Melayu Siangapura mungkin tidak tepat tapi ada kebenarannya. Berbalik kepada perkara yang ingin saya ketengahkan.
Kawin Misyar
Saya akui saya belum mempunyui keluarga sendiri, Insyaallah kalau bertemu jodoh akan saya tempuhi jua satu masa nanti. Saya tidak mahu mengeluarkan pendapat menyokong atau membangkang Perkahwinan Misyar. Saya mahu menulis dari perspektif yang berbeza. Ini antara ciri-ciri jelas Melayu. Isu perkahwinan dan keluarga, biarpun bangsa lain mungkin mempunyai masalah atau isu yang serupa berkenaan perkahwinan dan keluarga hanya Melayu akan mengetengahkan isu seperti ini secara umum.
Melayu secara umummnya memang sukakan seks, tidak kira lelaki mahupun wanitanya memang sukakannya (jangan tipu diri sendiri jika anda mengatakan sebaliknya). Maka secara natural atau semula jadi isu seperti perkahwinan Misyar ini akan dibawa ke arus perdana. Sama seperti isu poligami dan lain-lain, walau apa pun alasannya seks merupakan sebahagian daripada sebabnya.
Ini sinomim dengan Melayu, suka kepada perkara yang menyeronokkan, daripada hiburan, gurauan, pakaian hinggalah kepada makanan terdapat unsur-unsur seks didalamnya. Saya memperkatakan tentang Melayu bukan Islam, Melayu tidak semestinya muslim atau Islam agamanya.
Seks menjadi sebahagian daripada aktiviti riadah Melayu, berapa ramai bapa yang bangga kalau semua anaknya lelaki, ini akan menunjukkan kejantannnya. Melayu juga dikenali mempunyai ahli keluarga yang ramai, mempunyai anak yang ramai didalam sesebuah keluarga Melayu merupakan suatu yang lumrah dan lazim. Melayu mementingkan kuantiti dari kualiti. Ini terbukti dari apa yang telah berjaya dihasilkan kini, dari jutawan segera yang banyak hinggalah kepada penganggur yang ramai, semua kebanyakannya adalah Melayu, termasuklah bojan dan bohsia yang ramai.
Berapa banyak jenama ubat kuat, majun dan jamu yang disasarkan kepada golongan Melayu, daripada buku seperti permata yang hilang hinggalah kepada petua-petua orang tua-tua yang menjerumus kepada hubungan suami isteri yang mana menunjukkan seks merupakan satu aktiviti sosial yang penting bagi orang Melayu.
Saya tidak mengatakan ianya satu yang salah atau sebaliknnya, hanya menonjolkan bahawa seks merupakan sebahagian dari kehidupan Melayu. Maka tak Melayulah kalau tidak ada seks. Begitulah kuatnya hubungan ini. Bagi saya biar apa pun alasannya berkenaan dengan isu Kawin Misyar ini, perkara pokoknya adalah kerana seks Melayu.
Promosi Peniaga Melayu
Sebagai salah seorang daripada moderator Relexjap atau lebih dikenali sebagai RJ yang lebih vokal, saya mendapat pelbagai email ynang berbentuk promosi diajukan kepada kami yang meminta kami meluluskan posting tersebut. Kebanyakan agar meminta kami membenarkan pengiklanan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Sebagai peniaga atau golongan didalam industri kecil dan sederhana dari yang menjual ubat kuat, makanan kesihatan hinggalah kepada perkhidmatan seperti membaiki komputer kepada penjualan insuran. Saya sebagai salah seorang dari ahli pengurusan Relexjap menyokong usaha meraka.
Seperti yang umum sedia maklum terdapat 3 faktor utama membantu kejayaan sesuatu perniagaan yakni modal , infrastuktur perniagaan dan promosi. Saya hanya ingin menyentuh berkenaan promosi kerana ianya amat bersangkut paut dengan RJ sebagai medium kepada pembaca yang ahli atau bukan ahli. Sepanjang 5 tahun ini RJ alhamdulillah telah berjaya mengekalkan reputasinya sebagai satu egroup yang mempunyai kualiti dan integriti , cara serta stail yang tersendiri. Ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras moderator dan sokongan padu ahlinya.
Menyentuh semula berkenaan promosi supaya perniaga Melayu mendapat liputan yang lebih luas berkenaan produk serta perkhidmatan yang disediakan mereka sering alpa atau lupa yang promosi mempunyai kosnya sendiri. Kadang-kala peniaga bernasib baik jika mereka mendapat promosi percuma dan adalah mengambil kesempatan kalau perkara yang kadang-kadang tersebut bertukar menjadi selalu. Peniaga-peniaga ini lupa yang moderator RJ tidak bekerja untuk mereka, moderator RJ tidak dibayar gaji untuk masa dan tenaga mereka untuk mempromosikan produk serta barangan mereka. Alangkah tidak adil jika peniaga-peniaga ini mengaut keuntungan diatas penat lelah orang lain. Mungkin juga rezeki yang diterima dari cara ini boleh dipertikaikan halal haramnya.
Oleh yang demikian, kami sebagai moderator RJ tidak lagi akan "Approve" mana-mana artikel atau penulisan yang berbau atau berbentuk kormersil. Kami akan "delete" artikel tersebut jika ianya didapati bukan sahaja mempunyai message komersil malah jika ianya terselit laman web , email atau apa sahaja yang boleh dikategorikan sebagai "cross promotion". Bagi peniaga yang mahu mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka di Relexjap sila hubungi kami secara terus di iklanrj@yahoo.com . Kami akan menyatakan syarat-syarat pengiklanan.
Halal Haram Perayaan
Bagi saya ianya bukan isu agama kerana amat "bodoh" mereka yang pergi ke perayaan yang dianjurkan oleh kerajaaan atau pihak-pihak tertentu untuk menyembah atau merayakan sesuatu upacara keagamaan. Ini sudah terang lagi bersuluh, tidak perlu mufti mengeluarkan fatwa dan sebagainya. Sesiapa yang pergi merayakan atau meyembah sesuatu majlis keagamaan lain selain dari pada Islam terang-terang Haram.
Isu sebenar bagi saya disebalik setiap "perayaan" ini adalah sebenarnya isu ekonomi atau dengan lebih tepat isu "Duit", siapa yang untung bila buat perayaan berkembar atau perayaan bersama, rumah terbuka kebangsaan dan sebagai. Dari Kongsi raya , Jomheboh sehinggalah kepada pesta bola. Semua ini di rancang dan dilaksanakan bagi memperkembangkan kegiatan ekonomi. Dari yang jual air , jual asikrim, gerai SME , jual kerepek, gerai polis sehinggalah kedai jual pre-paid diadakan disetiap majlis sebegini.
Masih tak nampak lagi kenapa kerajaan atau golongan tertentu mahu usaha melalaikan ini diteruskan? Inilah antara peluang atau cara separa sedar untuk golongan tertentu mengaut keuntungan. Terdapat 3 jenis strategi perniagaan / kaedah ekonomi Yahudi yang biasa digunakan untuk mengaut keuntungan mudah.
Melaui Pelacuran
Melalui Perjudian
Melalui Hiburan
Kesemua kaedah diatas adalah kaedah melalaikan yang menyeronokkan, lebih lagi ditujukan kepada orang Melayu yang rata-rata suka kepada sesuatu yang menyeronokkan dan melalaikan. Kaedah yang sama juga digunakan oleh kerajaan dan golongan tertentu yang menyokong usaha ini. Cara mudah untuk mencari keuntungan. Syabas saya ucapkan kepada mereka yang telah berjaya memperdayakan orang ramai serta mendapat keuntungan dan kepada mereka yang suka kemajlis sedemikian anda telah termasuk didalam golongan yang saya panggil "Bodoh".
Kenapa saya panggil mereka ini "bodoh"? Mari kita lihat nilai atau "value" yang mereka telah kecapi ketika menghadiri majlis seperti ini.
Membuang masa
Membuang wang atau pendapatan mereka dengan membeli perkara yang tidak diperlukan.
Kemungkinan sebarang faedah / kebaikan yg mungkin didapati dari majlis seperti ini akan dipersiakan
Tiada ilmu yang boleh didapati yang mungkin boleh digunakan, bagi yang mendapat llmu, besar kemungkinan ilmu tersebut tidak akan digunakan.
Memperkenalkan kepada anak-anak tentang hiburan dan perkara yang haram dan pada wakltu yang sama memoperkenalkan mereka kepada permulaan masalah sosial
Tidak menguntungkan mereka yang hadir, malah merugikan mereka
Mereka ini memang dah "Bodoh" dan patut diambil kesempatan.
Mengapa Melayu?
Saya mendapat banyak email dan juga banyak response tentang penulisan saya berkenaan golongan Melayu. Ramai yang bertanyakan kepada saya mengapa saya memilih bangsa ini sebagai sasaran saya dan mengapa begitu kasar corak serta gaya penulisan saya terhadapan dengan bangsa yang satu ini. Jawapannya mengapa tidak? Kenapa harus memilih topik yang baik-baik sedangkan realitinya tidak begitu. Saya dibesarkan didalam suasana Melayu biarpun saya seorang budak minang yang tidak mengaku Melayu sebab malu dengan apa yang sering dikaitkan dengan Melayu. Satu bangsa subsidi, bangsa kuota dan bangsa lemah dan bangsa yang mudah lupa, ini perkara biasa yang sering dikaitkan dengan melayu.
Ada juga yang bertanya jika saya diketegorikan sebagai berjaya, mengapa tidak membantu bangsa Melayu? Ssiapa kata saya tidak membantu? Prinsip asal Relexjap sendiri adalah diasaskan sebagai forum untuk membantu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Setelah lebih 5 tahun saya rasa Relexjap berjaya menyentuh beratus jiwa kalau tidak beribu jiwa di alam cyber ini. Lebih 5 tahun juga moderator RJ mengabdikan diri untuk memastikan bahawa RJ terus berkembang. Persoalannya kenapa anda tidak membantu RJ? Mengapa tidak membantu RJ memperkembangkan jumlah keahliaannya melebihi 20 ribu ahli. Mengapa tidak mewar-warkan keujudan RJ di antoro dunia?
Saya juga membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan dengan mewujudkan kelas / bengkel penyelesaian hutang dan perancangan kewangan, alhamdulillah sambutannya agak menggalakkan tapi boleh dipertingkatkan. Bila saya mengetengahkan sesuatu isu , saya bukan sahaja hanya menyatakan masalahnya malah memberikan jalan penyelesaiannya sekali. Tidak cukup sumbangan dari saya? Kami memberikan medium atau forum untuk menyampaian pendapat anda serta ruang untuk mendapat ilmu dan ada juga menggunakan ruang ini untuk berniaga. Saya pula memberikan anda alternatif penyelesaian kepada masalah kewangan anda (masalah besar orang melayu). Masih juga dianggap tidak menyumbang?
Saya bukan seorang "superman" yang boleh menyelamatkan semua orang kalau orang tersebut sendiri tidak mahu menyelamatkan dirinya sendiri. Melayu punyai pelbagai masalah, dari kewangan, keluarga, jati diri hingga kepada masalah polimik bangsa. Sikap orang Melau sendiri yang membuatkan mereka berada dalam masalah, sikap tunggu dan lihat, sikap malas berusaha, sikap lupa diri, sikap suka berhibur, sikap tunggu disuap, sikap tidak suka ditegur, sikap marah melulu, sikap gila kuasa, sikap tidak ambil peduli dan banyak sikap buruk lain yang sinonim dengan bangsa Melayu, kesemua sikap ini adalah asas kepada semua permasalahan Melayu, sikap yang paling buruk bangsa Melayu harus dihakis adalah sikap suka memberi alasan. Orang Melayu bermasalah kerana mereka mempunyai krisis sikap, tulisan saya ini seolah-olah menghalal permasalahan orang Melayu itu sendiri dengan memberikan alasan-alasan diatas. Oleh itu secara rationalnya orang Melayu bermasalah kerana mereka memang golongan begitu, golongan yang bermasalah.
Kalau bukan orang seperti saya yang membidas, menemplak dan mengkritik bangsa ini, siapa lagi? Pemimpin yang makan gaji? Ibu dan Bapa? rakan taulan? Alhamdulillah jika mereka juga seperti saya, jika tidak bagaimana? Apa alternatif anda yang melayu? Secara sejarahnya Melayu memang satu bangsa kelas kedua, hanya zaman kesultanan Melaka Melayu mempunyai tamadun singjkat, tamadun yang beribu tahun disekitar kepulauan Melayu bukan tamadun Melayu. Melayu biasa dijajah dan masih dijajah kini. Dari pemerintah yang mengunakan taktik "devide and conquror" sehinggalah kepada kaedah basuh minda "brainwash" dan propaganda. Semua ini hanya kerana tidak mahu hilang kuasa. Itukah sebahagian daripada initi pati Melayu. Kalau mahu bicara tentang Melayu sampai kiamatpun tidak akan selesai. Begitulah hakikat bangsa yang satu ini.
"After said and done" berapa ramai ahli RJ yang mahu mengambil kesempatan dari apa yang ditonjolkan? Berapa ramai ynag mahu menghantar nukilan di RJ? Berapa ramai yang mahu mewar-warkan RJ, berapa ramai yang mahu mengikuti kelas dan bengkel penyelesaian hutang dan kewangan yang diusahakan? Berapa ramai yang mahu menulis tentang perkara yang berfaedah serta dapat memberikan kebaikan kepada pembaca dan yang paling penting berapa ramai yang akan berubah setelah membaca tulisan sedemikian? Dan berapa ramai juga yang hanya berpeluk tubuh tanpa mahu melakukan sesuatu.
Baru-baru ini saya mendapat email dari salah seorang pembaca yang mempunyai masalah kewangan mengatakan kepada saya bahawa suami beliau berpegang kepada prinsip "Rezeki secupak tidak akan jadi segantang". Jawapan kepada persoalan ini ialah adakah benar rezeki anda hanya secupak atau memang rezeki anda segantang cuma anda malas nak angkat rezeki yang segantang sebab berat. Jadi anda merasakan yang rezeki yang anda dapat cuma secupak, yang sebenarnya bukan rezeki yang menjadi masalah, masalahnya anda seorang yang malas.
Golongan Melayu tahu apa masalah mereka, mereka juga tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah mereka, cuma mereka mencari alasan untuk tidak melakukannya dan hanya berpeluk tubuh. Saya dan sesiapa sahaja tidak perlu memberitahu anda apa yang perlu anda dilakukan, anda tahu sebenarnya, cuma anda tercari-cari alasan untuk menyenangkan atau memuaskan hati anda.Mengaku sahaja yang anda sebenarnya malas dan suka mencari alasan.
Apa Selepas ini ?
Saya akan terus melakukan apa yang saya suka dan mengembirakan saya, tidak peduli yang lain, "I will do what I like to do, not for others but for me" . Ini termasuklah untuk terus menulis serta mengelolakan RJ. Diharapkan RJ akan terus berkembang dan Insyaalllah akan ada laman web dan egroup sendiri. Mengkomersilkan RJ sebagai satu wardah alternatif kepada mereka yang mahukannya serta menjadikan RJ sebagai satu syarikat.
Saya akan terus membantu golongan yang mempuanyai masalah kewangan serta cuba menyujudkan bangsa jutawan dengan cara dan kaedah saya sendiri. Membantu mereka yang berhutang dan mempunyai masalah kewangan adalah satu perniagaan yang menguntungkan kerana daripada hutang kita boleh menukarkannya kepada kekayaan. Sila layari www.azizibrahimcfpc.com untuk keterangan lanjut.
Berusaha kearah persaraan, benar, saya ingin bersara secepat mungkin, hidup ini bukan hanya untuk bekerja tapi juga untuk menikmati hidup sebelum kita mati, saya mahu memandu pesawat kapal terbang, mahu memilki kereta lumba sendiri, mahu juga menghabiskan masa dipantai bermain triaks serta apa sahaja yang saya mahu lakukan akan saya lakukan.
My Way
And now, the end is near
And so I face the final curtain
My friend, I'll say it clear
I'll state my case, of which I´m certain
I've lived a life that´s full
I've traveled each and every highway
But more, much more than this
I did it my way
Regrets, I've had a few
But then again, too few to mention
I did what I had to do
And saw it through without exemption
I planned each charted course
Each careful step along the byway
But more, much more than this
I did it my way
Yes, there were times, I´m sure you knew
When I bit off more than I could chew
But through it all, when there was doubt
I ate it up and spit it out
I faced it all and I stood tall
And did it my way
I've loved, I've laughed and cried
I've had my fill, my share of losing
And now, as tears subside
I find it all so amusing
To think I did all that
And may I say - not in a shy way
No, oh no not me
I did it my way
For what is a man, what has he got
If not himself, then he has naught
To say the things he truly feels
And not the words of one who kneels
The record shows I took the blows
And did it my way
__._,_.___
********************************************************************
Artikel ini telah disiarkan secara eksklusif di:
RELEXJAP - Gedung Ilmiah Internet Malaysia.
Mudah saja untuk menjadi ahli, hantarkan emel kosong ke:
Relexjap-subscribe@yahoogroups.com
Reply emel dari yahoogroups untuk confirmation.
Berhenti sementara menerima emel: Relexjap-nomail@yahoogroups.com
Untuk Menerima kembali emel: Relexjap-normal@yahoogroups.com
Kepada yang mempunyai ID yahoo,sila layari laman web :
http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/
Guna ID tersebut untuk menjadi ahli dan menukar berbagai setting.
Relexjap bersama kami,...dan anda akan memahami maksudnya!!
====================================================================
Disclaimer:-
Relexjap grup tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.
Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di Relexjap tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik, kakitangan
dan Barisan Pentadbir Relexjap melainkan jika dinyatakan sedemikian.
********************************************************************
Post a Comment