_fragmen satu
sudah 3 hari Hero kena masalah rangka masa tertangguh (delayed time frame),takleh tido awal kerana mesti bangun tengah pagi buta. Lepas subuh Hero segar tapi lihatlah selepas tengahari, beruang koala pun lagi aktif. apa patut Hero buat?
_fragmen dua
Jam 'countdown' kat atas dirujuk kepada 31 Ogos. bermakna tarikh deadline SKK2 sama dengan Hari Kebangsaan.
Tapi yang sedihnya macam takde orang nak sambut je merdeka kali ni. pergi ke KL kurang bendera berkibaran, layar blog kurang yang letakkan sesuatu pasal kemerdekaan. tak terasa pun sesuatu yang grand merdeka ni. cuma satu hari cuti umum yang biasa. sedih kan?
_fragmen tiga
SKK 2 tinggal 20% lagi, alhamdulillah. Lepas ini boleh la fikir-fikir projek lain pula,sepatutnya aku susun jadual bertindan supaya projek berterusan. tapi kena ukur baju di badan sendiri, kapasiti sebagai freelancer separuh masa ni bukannya besar. lagipun aku perlu menumpukan kepada perkara asas dulu, baru boleh menongkah arus balik. kalau kayuhan salah, masakan nak redah ombak?
banyak perlu dipelajari.
No comments:
Post a Comment