Tuesday, June 13, 2006

Reviu Majalah: Ana Muslim



Bila mula-mula belek majalah ni teringat aku masa mula-mula jumpa Alwan dulu, dalam 3 tahun lepas (dah lama kan wanzu? hehe). Ana Muslim (AM) merupakan satu majalah+komik dakwah untuk kanak-kanak.

Seperti majalah yang sekaum dengannya, dalamnya ada ruangan 'Lembaran Agama' yang membentangkan ilmu dan pengetahuan agama dalam bentuk penulisan dan grafik yang menarik. dan kemudian ada ruangan 'Relaks' iaitu ruangan aktiviti seperti karya dan cerpen jawi. Sudoku dan Origami pun turut ada (malu pulak dah tua tapi tak pandai main sudoku...)

Menarik sekali ada banyak kartun 1 muka dan 5 komik iaitu Ana Solehah (Kerel), Rajawali FC (Yantzen), Dengar Sini Sayang (takde nama lak),Kasihnya Ibu (pun takde nama) dan Satria Bulan Bintang (Yantzen).

Keseluruhan persembahan majalah ni memang menarik, orang dewasa pun boleh tumpang baca kerana info dalamnya ada yang berguna untuk mereka selain komik yang baguih. harapan aku Ana Muslim akan terus maju dan memeriahkan dunia dakwah tempatan.

review skit isi dalam dia..





Web Ana Muslim

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...