"sekarang kau di fasa baru kehidupan kau" kata tok guru, sambil mengurut janggutnya.
"kau akan rasa teruja, jantung berdebar, tangan berpeluh, fikiran tak menentu, kau menjadi tidak sabar, takut dan bermacam persoalan timbul di hati kau, semuanya dalam masa serentak" sambungnya lagi.
hero terduduk memikirkan kata tok gurunya. benar sekali, dia merasakan semua sensasi tersebut serentak dan dia pun gagal mentaksirkan apa yang akan berlaku padanya jika terus seperti ini.
"tapi kau jangan risau, ia adalah satu perasaan normal, satu situasi, ia tidak ada makna selain kau memberinya makna," ujar tok guru.
"apa maksud tok guru?" tanya hero, sambil mengerut keningnya
"ingatkah sewaktu kamu mula-mula berhadapan dengan ujian pertamamu dulu?" tanya tok guru
"ya tok guru, takkan aku lupa perasaan tika berhadap dengan ketakutan dalam gua itu, dan juga tika menghadap musuh pertamaku" ujar hero lagi
"bukan, cuba kau ingat semasa kau mula-mula menggenggam keris!" jerkah tok guru dengan keras
hero terdiam, kemudian berkata.
"ya, perasaan sama yang kurasa sekarang, ya tok guru, semua yang kulalui mempunyai perasaan yang sama, situasi yang sama, tanganku seakan bergetar sekarang"
"aku nak kau tahu, bahawa ketakutan dan rasa teruja adalah dari situasi yang sama, terpulang pada kau untuk mentafsirkannya" ujar tok guru
"nah, pergi kamu hadapi ujian seterusnya!" perintah tok guru.
hero cuba menenangkan perasaanya, sambil melangkah ke arah medan tempur di hadapannya. langkahnya teguh tapi ringan, menunjukkan keyakinan telah terbit dari hatinya.
hero pasti berjaya!
1 comment:
Gaya penceritaan ok! Tanda bacaan tak ok!
Post a Comment