Friday, June 16, 2006

Attitude..

Seorang arkitek pernah bertanya pada aku, "apakah yang paling penting dalam pembinaan kareer?"
"Pengalaman!" jawab aku segera
"Salah, yang paling penting ialah attitude, cara kita menerima dan belajar, cara kita berfikir secara kritis, keluarkan pendapat berdasarkan hujah kukuh, kita profesional, yang paling penting ialah tingkahlaku kita"

terdiam aku dalam kereta, arkitek sambung dengan menceritakan pengalamannya sementara fikiran aku dah melayang tah ke mana dah, satu attitude yang tak baik.

ya, bukan saja pada kareer, malah dalam bidang lain pun, attitude adalah faktor penting dalam menentukan ke mana halatujunya. baik bidang hubungan sesama manusia, kewangan dan juga dakwah, antara yang mempengaruhi kejayaan ialah attitude kita. aku takkan nak tulis pasal positif negatif attidtude di sini, boleh rujuk buku Fadzilah Kamsah :).

kalo berterusan kita mempunya attitude buruk terhadap usaha orang lain, memanglah kita jadi seperti kisah ketam cina ketam melayu. kalo kita terus banned barangan yahudi tanpa memikirkan alternatif bagi menggantikannya, maka kita akan terkebelakang dalam mengejar kemajuan, begitulah seterusnya, actions bring consequences..

ok la brader..nak sambung tido... (attitude buruk, kuat tido)
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...