Tuesday, May 16, 2006

Salam Hari Guru

biasanya aku tak sambut hari guru, namun tahun ni rasa terpanggil pulak lepas baca entri si gild.

cikgu-cikgu di SRK Jln Bahgia Temerloh yg mendidik aku mengenal dunia,ustaz ustazah cikgu-cikgu SMA Al-Wosto & SMA Al-Ihsan banyak mendidik aku sehingga menajadi aku hari ni serta asas iman dan taqwa serta amalan aku hingga kini.lecturer kat USM (eh hari pensyarah takde ke?) yang memberi aku asas untuk kareer aku skarang.tok guru silat yg mengajar aku erti kekuatan dan keberanian pendekar bukan pada tubuhnya yg kuat.mentor dan tok guru melukih aku yang ada serata KL dan Pahang dan dunia, yang mengajar aku erti lukisan bukan atas kesempurnaanya tapi jiwanya..

kepada anda semua aku ucapkan tima kasih.doakan aku berjaya dalam bidang kuceburi dan semoga ilmu yang kuterima diberkati dan berkembang serta membawa manfaat kepada manusia.

bak kata sorang ustaz "ilmu tanpa amal bak kereta tanpa tayar,hang letak la kat belakang umah kasik karat.."
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...