Friday, December 16, 2005

Cite 002 Kad 001

“Aku rasa dia ni tak faham apa yang kita takde”, kata Man
“Kau tengok saja macamana dia buat kerja, mentang-mentang kita ni di bawah dia, dia ingat arahan dia semua betul, tak mau berbincang langsung”

Udin dan Li melihat saja si Korea dengan pembantunya menmbetulkan teodolite, alat yang digunakan dalam kerja ukur. satu set tak kurang dari QR10,000. maka si Korea tidak membenarkan orang lain mengusiknya, takut rosak alasannya.

“tapi dia bukannya juruukur berlesen, nanti salah tandaan nanti kita jugak yang mati, bangunan senget, tak sama kedudukan, tak ikut plan. sapa nak berjawab dengan mahkamah nanti?” ujar Li.

“lagipun kita mahukan bacaan aras tegak bukannya mengufuk, tanah pun tak habis cek lagi camana nak tau mana nak tambak mana nak korek, diorang ni penah kerja ke tak?”dengus Udin, batang kayu dibaling ke arah rumah contoh. geram benar gayanya.

“kau, apa yang kau buat tu?” jerit Song, juruukur Korea yang menjadi topik bualan umpatan hangat mereka bertiga.

“tiada apa-apa, cuma ingin memastikan dinding dilepa dgn betul” Udin cuba memberi alasan dengan muka penuh berkeyakinan.
“lihat, tiada retakan, maknanya tukang lepa buat dengan cara yang betul” ujarnya lagi.

“mari sini, ambil besi ni”, kata song sambil memberikan beberapa batang besi pendek kepada Udin.

“panggil kawan melayu kau itu sekali” arahnya sambil memandang ke arah Li.

“nak buat apa pulak ni?” tanya Li kepada Man.
“kau ikut je dulu, ingat ni tempat orang, projek dia, ikut je dulu,” pujuk Man

Li melangkah dengan berat, debu ditanah terbang lebih tinggi dari biasa “jangan si Song ni suruh aku jadi kuli dia pulak”

“kamu berdua, ketuk besi di tempat yang sudah ditanda pembantu saya, sekarang!”

Udin dan Li memandang ke arah Song dengan dahi berkerut, namun tanpa banyak soal mereka berdua terus pergi ke arah tanda semburan merah di tanah. Pembantu Song tersengih melihat gelagat mereka.

“aku datang jauh-jauh bukan nak jadi pembantu juruukur! kerja ni kat tempat kita pun banyak!” bentak Udin sambil mengetuk besi tandaan dengan kuat sekali.

“Sabar Udin, kau bukan nak buat cerucuk besi di sini, tandaan je, ketuk sikit sudah lah” bisik Li. “Lagipun bawak bersabar, nanti masa mesyuarat dengan konsultan nanti kau tengok saja macamana si Korea tu termangu”

Udin memandang Li dengan kehairanan. “maksud kau?”

“layankan saja Song tu, tengoklah petang Rabu nanti.”

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...